Setiap tahun, kita menyambut Hari Kemerdekaan dengan penuh semangat.
Bendera dikibarkan. Lagu-lagu patriotik berkumandang.
Namun, persoalannya… adakah kita benar-benar merdeka?
1. Merdekakah Kita Jika Tubuh Anak-Anak Kita Masih Boleh Dicucuk Tanpa Maklumat Lengkap?
Merdekakah kita jika soalan tentang vaksin dianggap dosa?
Merdekakah kita jika isu vaksin masih menjadi paksaan halus?
-
Borang diedarkan tanpa penerangan yang jelas.
-
Jururawat dan misi datang ke rumah, menelefon, dan menekan emosi ibu bapa.
-
Anak-anak diarahkan untuk cucuk kerana “ini program kerajaan”.
-
Tetapi apabila berlaku AEFI (kesan sampingan serius), semuanya senyap.
Kalau itu bukan paksaan halus, apa lagi yang kita mahu panggil?
2. Merdekakah Kita Jika Hanya Orang Bersijil Dianggap Berilmu?
-
Apabila ibu bapa bertanya tentang vaksin, mereka terus dilabel “anti ilmu”.
-
Apabila orang biasa mengkaji jurnal, dikatakan “bukan doktor, diam”.
-
Apabila para ibu mempersoalkan kandungan vaksin, mereka dihina:
“Kau tidak belajar perubatan, jangan pandai-pandai.”
Sedangkan ilmu itu hak semua orang.
Ia bukan hak eksklusif sistem yang melahirkan “pakar” semata-mata,
yang kemudian hanya menurut panduan yang ditetapkan tanpa soal.
3. Merdekakah Kita Jika Masih Ada Yang Berkata: “Kalau Tolak Vaksin, Jangan Datang Hospital”?
-
Sejak bila hospital menjadi milik eksklusif mereka yang patuh arahan?
-
Bukankah rawatan itu hak semua rakyat, bukan ganjaran kerana “taat”?
Ujian darah, x-ray, ubat titisan (drip) — semua itu bukan milik Pfizer.
Tetapi apabila kita menolak vaksin, kita dipinggirkan seolah-olah menjadi pesalah negara.
4. Merdekakah Kita Jika Hanya Perubatan Allopathy Dianggap “Cara Sebenar Untuk Sihat”?
-
Rawatan alternatif diperlekeh.
-
Terapi sunnah diketawakan.
-
Pemakanan sihat dicop “tidak terbukti secara saintifik”.
-
Sedangkan ubat hospital juga penuh dengan kesan sampingan yang kadangkala lebih teruk.
Kita terlupa bahawa kesihatan bukan hanya pada farmasi.
Kesihatan sebenar juga datang daripada fitrah tubuh dan keseimbangan alam.
5. Merdekakah Kita Jika Tidak Bebas Menggunakan Akal Sendiri?
-
Mahu bertanya, tidak boleh.
-
Mahu menolak, ditekan.
-
Mahu memilih cara sendiri, dilabel penghasut.
Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajah.
Merdeka ialah bebas daripada sistem yang membisu apabila anak-anak kita menjadi mangsa.
6. Apa Erti Kemerdekaan Jika Tubuh, Ilmu dan Pilihan Hidup Kita Masih Diikat oleh Sistem?
Apakah gunanya melaungkan “MERDEKA!”
jika lidah, tangan dan fikiran kita masih dikunci apabila berbicara tentang vaksin?
Jika kita masih takut untuk bersuara,
adakah itu benar-benar kemerdekaan?
7. Merdeka Sebenar… Bila Kita Bebas Untuk Tahu, Tanya dan Pilih
Merdeka sebenar ialah apabila kita:
-
Bebas untuk TAHU – Ilmu terbuka untuk semua, bukan hanya golongan tertentu.
-
Bebas untuk TANYA – Tiada soalan dianggap dosa atau jenayah.
-
Bebas untuk PILIH – Setiap keputusan dibuat tanpa dihina, tanpa ditekan, tanpa ditakut-takutkan.
Itulah erti merdeka yang sebenar.






