Bersedia Tanpa Panik: Panduan Menghadapi Kemungkinan dengan Tenang
Bila ada orang memberi peringatan atau jangkaan tentang apa kemungkinan yang boleh berlaku…
Jangan terus gelabah.
Jangan anggap semua itu ajakan untuk panik.
Ambil sebagai panduan.
Simpan maklumat tersebut dalam ingatan dan lakukan apa yang sepatutnya.
Supaya jika perkara itu benar-benar berlaku,
kita sudah bersedia dengan tenang, tanpa kalut.
Tidak perlu sibuk mahu ubah dunia pun.
Cukuplah ubah diri sendiri, keluarga, dan kelompok kecil yang telah Allah amanahkan kepada kita.
Jalani hidup seperti biasa.
Tetapi dalam masa yang sama, lakukan perkara yang perlu.
Bersiap sedia.
Simpan sedikit keperluan.
Ubah gaya hidup.
Kurangkan kebergantungan kepada sistem yang tidak pasti.
Dan yang paling penting;
kuatkan hubungan dengan Allah.
Kadangkala, orang akan mentertawakan mereka yang membuat persediaan awal…
Tetapi apabila ia benar-benar berlaku,
orang yang dahulu ketawa pun akan datang menumpang teduh.
Namun mohon maaf — ketika itu semua akan mengutamakan keluarga masing-masing sahaja, bersama kelompok kecil yang sudah berpakat dan bersedia dari awal.
Yang tidak bersama itu, terpaksalah menguruskan diri sendiri.
Kita ini bukan siapa-siapa.
Kita bukan pemegang kuasa dunia.
Tetapi kita masih ada pilihan —
pilihan untuk tidak menjadi mangsa yang sama apabila semuanya runtuh.
Dan selebihnya…
Serahkan pada Allah.
Kerana ketenangan yang sebenar bukan datang daripada tahu semua perkara,
tetapi daripada hati yang reda dan bersedia menghadapi apa sahaja.
#sharingbynfam #awaken





