Racun Perhatian di Media Sosial: Pilih Untuk Berkongsi Yang Bermanfaat Sahaja
Zaman sekarang, semua benda ingin dikongsi.
Ingin disiarkan. Ingin ditulis. Ingin dijadikan video.
Yang lebih ‘maju’ pula, siap membuat siaran langsung – walaupun kandungannya kosong.
Asalkan wajah masuk ke skrin dan ada orang yang menonton, itu sudah cukup memberi kepuasan.
Dunia hari ini terlalu sarat dengan manusia yang ketagih perhatian.
Asal ada sedikit isu, terus menjadi ‘ulama’, menjadi ‘pakar’, menjadi ‘aktivis’.
Tetapi apabila diselidik – kosong. Tiada isi. Fakta tidak benar. Namun tontonan berjuta.
1. Ketagih Tontonan Sehingga Hilang Maruah dan Batas
Sampai satu tahap,
ada yang sanggup membuat kandungan buruk untuk menaikkan nama sendiri.
Menyindir orang sana sini,
menjaja aib orang,
membuka cerita peribadi,
malah menjadikan anak-anak sendiri sebagai modal tontonan.
Apa tujuan semua ini?
Ingin mendapatkan pengikut? Ingin menjadi ‘influencer’? Ingin menjadi siapa sebenarnya?
Sanggup membiarkan satu dunia mengetahui masalah rumah tangga,
asalkan video trending dan tontonan meningkat.
Sedangkan harga maruah sendiri tidak terganti.
2. Belum Lagi Kira Yang Merancang Sendiri Kontroversi – Strategi Pemasaran Buruk
Ada satu lagi kelompok —
yang sengaja mencipta isu demi pemasaran murahan.
Membuat kontroversi,
makin dikecam, makin mereka naik.
Kononnya “asalkan orang menyebut nama aku”.
Maaf cakap; golongan seperti ini bukan kreatif. Tetapi ketagih perhatian.
Demi sedikit keuntungan dunia, sanggup merosakkan imej sendiri dan merosakkan akal masyarakat.
3. Di Mana Nilai Ilmu Dalam Media Sosial Hari Ini?
Tidak salah untuk berkongsi.
Tidak salah untuk menulis.
Tetapi tolong tapis. Tolong nilai. Tolong fikir.
Media sosial ialah ruang yang besar.
Tetapi bukan semua yang tular itu bermanfaat.
Dan bukan semua yang ramai sokong itu membawa kebenaran.
Orang yang bijak memilih untuk menulis perkara yang memberi manfaat.
Orang yang celik memilih untuk menatal perkara yang menambah ilmu.
Yang sekadar sembang kosong, yang mencari sensasi – itu tidak akan membantu kita menjawab di akhirat nanti.
4. Biar Tidak Dikenali Di Dunia, Asalkan Dikenali Di Langit Kerana Menyampaikan Yang Benar
Kalau anda ada platform,
gunakanlah untuk membangkitkan kesedaran.
Kalau anda ada ilmu,
gunakanlah untuk menyebarkan kebenaran.
Dan kalau anda tiada apa-apa untuk diberi,
diam itu lebih mulia daripada menyemak ruang maya dengan racun perhatian.
Kekallah menjadi manusia yang selektif.
Yang menulis bila perlu.
Yang membaca dengan akal.
Yang berkongsi dengan niat kerana Allah.
Bukan kerana sukaan.
Bukan kerana tontonan.
Tetapi kerana Allah.
#BijakGunaPlatform
#DiamItuJugaIlmu
#SharingByNFAM





