Skip to main content
Lama tak share resepi menarik, jom cuba pencuci mulut low carbs rendah karbohidrat dan bebas gula. Geng keto yang sesekali nak cheat day sesuai sangat.
Kastard smooth berkrim, sedia untuk dinikmati tanpa rasa bersalah.
Bahan-bahan
1. 3 biji Telur besar
2. Sedikit pemanis Stevia
3. 2 sudu teh Esen Vanilla
4. 1 cawan Krim pekat
5. 1 cawan Susu Badam
6. ½ sudu teh Pala tumbuk
Cara buat :
1. Panaskan oven anda pada suhu 150C. Sapukan dengan sedikit minyak pada pinggan pai dalam bentuk 8 inci dan ketepikan.
2. Letakkan telur dan pemanis dalam mangkuk besar dan kacau bersama selama 5 minit, sehingga warnanya menjadi lebih cerah.
3. Tambahkan vanilla dan 1/2 cawan krim pekat. Kacau rata.
4. Tambahkan krim yang masih tinggal dan susu badam, kemudian kacau sehingga semua bahan tercampur rata.
5. Tuangkan campuran ke dalam pinggan pai yang telah disediakan dan taburkan pala di atasnya.
6. Letakkan pinggan pai ke dalam pinggan panggang besar dan buat teknik mater bath dengan menambahkan air panas secukupnya sehingga setengah jalan ke atas pinggan pai.
7. Letakkan dalam oven dan bakar selama 1 jam 15 minit, sehingga ia bergetar di bahagian tengah.
8. Biarkan sejuk selama 15 minit sebelum dihidangkan. Hidangkan dalam keadaan panas atau sejuk.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply