Skip to main content
Cerita NFAM

Sudah Ada 10 Cawangan

Sejak pindah KL 6 tahun lepas aku makin kurang ambil tahu hal bisnes. Sejak scamdemic lagilah busy dengan NGO dan uruskan family. Magiknya Allah bagi bisnes makin ok. Allahu. Nikmat mana yg hendak didustakan.

Aku dulu-dulu ada impian. Masa jadi cikgu aku nak berhenti umur 40,tapi Allah beri lebih awal umur dalam 34 aku dah berhenti.
Kemudian impian seterusnya aku nak berhijrah dan dapat hadap anak-anak semua hari-hari. Memandangkan sebelum tu aku duduk sekali dengan arwah mak dan dikelilingi saudara mara. Jadi anak-anak aku ni ada banyak tangan dan bebas kat kampung.
Aku sengaja duduk rumah teres biasa supaya aku selalu nampak anak dan aku nak masak untuk mereka. Selain bagi mereka suasana baru dan peluang tambah ilmu di tempat baru.
Jadi keutamaan aku adalah family
Aku bagitau suami yang bab bisnes aku tak nak masuk campur sangat;tapi aku akan terus support dia bantu apa yang boleh. Aku lebih suka jadi surirumah (walaupun aku kadang buat kerja bisnes dari rumah)
Waktu itulah Team bisnes aku sedang maju sehingga ada 10 cawangan seluruh Malaysia
Aku tangguh sekejap hasrat aku demi membantu mereka. Tapi masih lagi tak jejaskan apa sangat sebab aku masih ada banyak masa untuk sendiri dan keluarga.
Aku akan muncul bila perlu atau diperlukan.
Aku selalu minta dengan Allah umur 40 aku nak banyak duduk atas sejadah. Pun Allah kabulkan beberapa tahun lebih awal. Alhamdulillah
Dan aku ada banyak masa utk layan arwah mak ke sana sini.
Dan selepas arwah mak dah tak ada,aku seolah hilang satu big why yang besar dalam hidup. Ia membuatkan aku bertambah kurang ambil tahu hal bisnes sebab rutin aku berubah banyak benda. Aku lebih tenang dgn rutin yang baru.
Tapi masih lagi aku support dan ada bila perlu dengan mereka.
Jadi aku percaya dengan kata-kata bila kejar akhirat,dunia akan mengejar kita. Ye memang besar ujian-Nya. Maka teguhkanlah iman supaya sentiasa di landasan yg benar.
Doaku buat mereka yang masih bersama aku dan terus berjuang tak pernah dilupakan.
Semoga kita semua berjaya dunia akhirat dan dipermudahkan segala urusan. Buat apa pun biar kerana redha Allah
Jadi siapa pun datang kacau tidak mampu mengganggu gugat kita sebab nawaitu kita jelas.
Sekadar berkongsi
Sekian
P:s: Terima kasih buat semua yang masih terus bersama nak masuk sedekad sudah kita. Dan buat semua yang support. Doa yang baik-baik dari kami untuk anda juga

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply