Skip to main content

Saya tak boleh nak move on lagi ni bila dengar sendiri kisah dari orang yang kita kenal tentang sikap ibu bapanya.

Anak ramai,tapi pilih kasih bukan main.Kalau ikutkan saya ni memang tak suka nak masuk campur urusan orang.Dan malas nak tulis benda-benda macam ni.Kalau tak penuh dah wall ni dengan macam-macam kisah.

Tapi yang ni saya memang tak boleh move on lagi. Semoga apa yang saya tulis diambil sebagai pengajaran.

Ye,kita ada anak ramai.Kita sayang yang tu lebih,yang ni kurang.Kasih sayang tak boleh dipaksa.Tapi perlu ke menunjukkan perbezaan tu.Tahu tak hukumnya berdosa bila dah sampai menyakitkan hati anak yang lain?

Cucu dan anak saudara yang dari mak ayah senang bagi duit raya sampai RM60 /RM100 seorang.Yang dari mak ayah susah bagi RM2 je ?

Ikhlas ke bila membeza-bezakan?Kalau semua dapat RM2 tak ada siapa nak bunyi.

Sudahlah dimarah saja cucu yang dari anak susah tu.Yang anak senang buat apa pun senyum je,maklumlah deme dapat banyak hasil dari mak ayahnya. Kelabu mata deme ye.

Adui,dah 2019 dah.Kenapala benda macam ni terus berlaku.Kesian mendengarnya.

Darah daging sendiri buat lagu tu.Mana perginya perasaan?

Kerana harta,wang dan duniawi sanggup sakiti hati anak dan cucu yang datang dari jauh nak beraya bersama walaupun tak ada duit sangat di tangan.Sedih deme tu tak nak balik dah.Dengan cucu sekali tak suka dah dengan atok dan neneknya.

Nanti mu karanglah ke orang kampung cerita sedihmu anak cucu tak ambil tahu.Pas mu masuk rumah orang tua ada la orang interview mu.Mu buat muka sedih nangis-nangis anak cucu tak ambil tahu. Mu ingatlah balik dosa hok mu buat ke anak cucu.

Hok mu duk bagi lebih-lebih tu belum tentu boleh jaga mu tua dan sakit-sakit esok.

Adeh,kejap dialek Pahang,kejap Kelate,sat gi kita bawak kuar dialek utara dengan Ganu pulak eh.Sabo.

Spesies mung ni memang ramai atas muka bumi ni.Baru ni baca dekat group ibu-ibu.Sian weh.Nak tulis balik pun rasa sedih. Bapak bezakan dua beradik dari yang lain.Bila nak berbaik pun dan lagi dia bezakan.Hok ni dia suh bawa makanan sendiri,hok dia sayang dia suh bini baru dia masak.Adui la.

Mai sini nak habaq.Pengajaran buat kita semua la.Pasal kita pun ada anak-anak juga.

Anak-anak ni selagi boleh kita berlakulah adil.Tak adil tu =zalim.Zalim tu maksudnya meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya.Anak-anak tu semua keluar dari rahim kita.Patut ke buat lagu tu.Buruk ke,baik ke,susah ke,senang ke,tetap anak-anak kita.

Janganlah jadi orang tua yang zalim deh.

Harap pasni tak dengar dah la cerita orang tua lagu ni.Terutamanya dari orang yang kita kenal dan kesian dengan hidup dia. Dah la masa kecik budak tu diabaikan.Dah besar panjang dia nak tumpang kasih deme laki bini buat lagu tu ke dia.Hmmm

Insafla sebelum terlambat.Pada adik beradik perangai macam puaka tu,mu belum kena lagi berat dari ni. Mu guna dia masa nak pakai je kan.Mu dah senang mu lupa ke dia.Bagus sangat tau. Kalau ye pun baru nak up,cover la sikit perangai. Ada duit sikit baru Tuhan bagi,dah lupa diri. Orang kedekut macam mu biasa Tuhan tarik rezeki kot mana pun.Ingat eh.

Nfam,
Tak suka jaga tepi kain orang,tapi sesekali kena tulis juga untuk dijadikan peringatan bersama.

#NfamBebel

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply