Tubuh Kita Bukan Mesin: Kembali Kepada Fitrah Kesihatan Sebenar
Kita bukan ciptaan kilang.
Tapi entah sejak bila, tubuh pun perlu diservis ikut jadual.
Kononnya untuk sihat; tetapi makin ramai yang sakit.
Tubuh ini bukan milik sistem.
Tubuh manusia bukan mesin untuk diservis setiap kali mereka cipta “penyakit baharu”.
Bukan makmal untuk diuji bahan kimia atas nama sains.
Dulu sihat cukup dengan jaga makan dan jaga hati.
Sekarang sihat bergantung pada jarum dan jadual cucuk.
Mereka ajar kita takut pada demam,
tapi suruh percaya pada racun yang disuntik.
Mereka kata nak dapatkan perlindungan,
tapi kenapa makin banyak yang sakit selepas “dirawat”?
Anak-anak bukan robot untuk dikawal setiap dos.
Mereka manusia; lahir dengan sistem imun yang Allah cipta, bukan buatan kilang.
Dan kita,
tidak lahir untuk dikejar jarum,
tetapi untuk hidup dalam fitrah.
Bila manusia terlalu percaya pada sistem,
di situlah bermulanya kehilangan iman terhadap fitrah.
Hidup yang indah jadi rumit apabila manusia memilih untuk menjadi provaksin.
Sedarlah.