Tubuh Kita Sudah Cukup Sempurna: Vaksin Sebenar Ada Dalam Sistem Imun yang Dicipta Allah
Setiap kali datang musim penyakit, kita akan ulang skrip yang sama.
Panik..
Takut..
Cari vaksin..
Dan akhirnya, kita kembali hidup dalam kitaran yang sama — takut, cucuk, lega sekejap, takut semula.
Dulu, waktu kempen MR, ramai yang beratur panjang.
“Untuk melindungi anak,” katanya.
Belum sempat lega, datang pula chickenpox.
Dan sekarang — influenza pula jadi trending baru.
Klinik penuh.
Media sosial pula penuh dengan hantaran ketakutan.
Persoalan Yang Jarang Kita Tanya
Tapi jarang siapa tanya…
Kenapa setiap tahun makin banyak vaksin,
tapi penyakit tidak pernah habis?
Kenapa makin banyak “perlindungan”,
tapi makin ramai yang sakit?
Tubuh Manusia Bukan Lemah
Tubuh manusia ini bukan lemah.
Allah menciptakan sistem imun yang sangat sempurna.
Ia tahu bila perlu melawan,
bila perlu berehat,
dan bila tiba masanya untuk pulih.
Yang lemah sebenarnya bukan sistem imun itu.
Yang lemah — ialah keyakinan kita terhadap fitrah.
Sihat Sejati Bukan Dari Jarum
Sihat sebenar bukan datang dari jarum.
Ia datang daripada:
-
Makanan yang betul,
-
Tidur yang cukup,
-
Jiwa yang tenang, dan
-
Hubungan yang baik dengan Pencipta.
Bila semua itu kita jaga,
kita tidak lagi hidup dalam ketakutan.
Kerana apa yang Allah ciptakan,
tidak perlu ditambah dengan jarum.
Vaksin Semula Jadi Paling Ampuh
Tubuh yang dijaga fitrahnya —
itulah vaksin semula jadi yang paling ampuh.
Sebelum ini saya sudah kongsikan tip dan petua bila tidak sihat di Reels Facebook ini.
Insya-Allah, nanti saya akan kongsikan dalam bentuk penulisan.
Semua ini sudah berjaya dibuktikan berkesan dan menjadi oleh ramai orang, bukan sembang semata-mata.
Yang penting, anda yakin —
ada cara sihat yang lebih patuh syariah dan selamat
selain bergantung pada allopathy dan vaksin semata-mata.

Tubuh kita sudah cukup sempurna.
Yang perlu dibaiki bukan ciptaan-Nya,
tetapi cara kita menjaga amanah tubuh yang dipinjamkan ini.
#sharingbynfam #awakening #tolakvaksindenganilmudaniman







