10 Ciri-Ciri Golongan Pencinta Tanpa Ilmu

 

Artikel ini mengupas ciri-ciri golongan pencinta (atau pengikut) yang membuat keputusan penting berkaitan kesihatan tanpa ilmu. Sangat berbahaya jika perkara ini berterusan kerana ia melibatkan soal nyawa – antara lima perkara utama dalam Maqasid Syariah. Semoga kita semua dilindungi daripada menjadi atau melahirkan keturunan seperti ini.

1. Mereka tidak pernah membaca helaian ‘insert’ vaksin.

 

Helaian tersebut dengan jelas menyatakan kandungan, risiko dan kesan sampingan. Namun bagi mereka, cukuplah dengan kenyataan “sudah diluluskan”.
Jika ada yang mengaku membaca tetapi tetap mengambil, jelas sekali mereka menipu, kerana orang yang benar-benar faham tidak akan mengambilnya.
Kecuali jiwanya memang jiwa liberal atau cenderung kepada fahaman Zionis – pasti dia tidak kisah mengambilnya.

2. Mereka tidak tahu apa itu GPFK dan tidak tahu pun tentang prosedur pemantauan kesan advers.

 

Bagi mereka, tugas mereka hanya menghulurkan lengan dan berserah.

3. Mereka tidak pernah membaca jurnal atau kajian yang tidak sehaluan dengan media.

 

Apabila ada orang berkongsi kajian peer-reviewed yang tidak selari dengan naratif media, mereka pantas menuduh itu “konspirasi”.
Jika mereka membaca sekalipun, mereka hanya membaca sebelah pihak sahaja, sedangkan dalam dunia akademik, setiap kajian pasti ada pro dan kontra.
Mereka hanya membaca apa yang bersesuaian dengan selera dan kepercayaan mereka.

4. Mereka yakin apa sahaja yang disuntik adalah selamat hanya kerana majoriti orang mengambilnya.

 

Langsung tidak mengambil tahu tentang kesan jangka panjang.
Jika terjadi apa-apa, mereka hanya mampu menyalahkan takdir.

5. Mereka hanya mengulangi skrip daripada media arus perdana.

 

Apabila ditanya sedikit tentang mekanisme atau bukti, tiba-tiba mereka menjadi seperti tin kosong yang berbunyi nyaring.

6. Mereka sangat cepat menghina dan memperli orang yang memilih untuk mengkaji terlebih dahulu.

 

Padahal perbezaan antara kita dan mereka hanya satu: kita mencari ilmu, mereka hanya menurut arahan.

7. Mereka mempercayai slogan “safe and effective” bulat-bulat.

 

Statistik yang ditapis menjadi pegangan mereka, tetapi kisah mangsa vaksin dibiarkan begitu sahaja tanpa pembelaan.

8. Laporan kesan sampingan? Mereka anggap semuanya sebagai kebetulan.

 

Sawan kebetulan.
Myocarditis kebetulan.
Kematian juga kebetulan.

Mereka selesa menjadi penurut tanpa mengambil tanggungjawab terhadap tubuh sendiri.

 

Asalkan ada pihak yang menyuruh, mereka ikut.
Seolah-olah tidak sedar bahawa tubuh itu adalah pinjaman daripada Allah – bukan hak sistem.

10. Apabila orang lain menderita selepas ikut arahan yang sama, mereka pura-pura tidak nampak.

 

Jika mereka nampak sekalipun, mereka akan memutar belit sana sini untuk menafikan realiti.

Ada lagi? Jemput tambah di ruangan komen. Semoga kita semua sentiasa mencari ilmu dan tidak menjadi pengikut buta yang membahayakan diri dan umat.

#SharingByNFAM #Awaken #TolakVaksinDenganIlmu

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply