
Team Asmak,
Hari ni kalian berjaya menjentik hati saya.Sudah lama saya tak merasa terharu macam ni.Macam-macam pujian diberi.Terima kasih jadikan saya leader merangkap founder kalian.Siapa dah kenal saya lama tahu yang saya tak pernah berangan pun nak jadi “owner”bisnes. Semuanya aturan Allah swt.Serius saya agak tertekan dahulu sebab tak tahu macam mana nak jadi owner bisnes yang bagus sebab dah biasa jadi stokis sahaja.
Tapi yang pasti,masa saya jadi stokis,saya pastikan saya jadi top stokis.

Semasa jadi pengedar emas sebelum itu ,saya pastikan nama saya sebaris dengan leader besar.Saya “follow” sahaja cara orang berjaya dan tiruvasi jadikan lebih baik.Saya sentiasa mendorong team jadi berjaya.
Seronok melihat orang lain berjaya ,sentiasa menyokong dari semua aspek dan sentiasa berkongsi adalah antara perkara yang saya terapkan.

Nampaknya ramai yang meminta saya berkongsi rahsia membina team.Insyaallah,jika saya dah berpuas hati dengan pencapaian team,saya akan berkongsi.Buat masa ni saya nak terus fokus membantu team Asmak supaya terus kukuh dan berjaya mengharungi cabaran yang mendatang. Kadang bukan sebab duit semata,tapi ukhwah yang terjalin tu dah macam adik beradik dan saudara yang sangat rapat.Inilah yang paling mahal.
Sesuatu yang tak boleh dipaksa.Ia datang dengan sendiri dari hati.
Thanks kepada semua nama-nama yang terpotret di sini,yang komen,yang like dan sentiasa menyokong.
Kalian sentiasa dalam doa saya.
Jom,#BangkitBersama.






