Skip to main content

Malam tadi masa duduk berehat si Syifa datang berdiri pegang hadiah.

Saya dengan anak nombor dua si Syazwan pun tanyalah.

“Hadiah apa tu”

Syifa : “Ustaz bagi”

Me : ” Kenapa ustaz bagi hadiah? ”

Shazwan : ” Owh, ustaz tu nak pindah, dia bagi hadiah kat semua oranglah tu”

Syifa : “Taklah. Dia bagi kat aku seorang. Sebab hari ni harijadi aku”

Kami : ” Ha? Harijadi ke hari ni?

Me :” Sorry tak ingat. “😅

Macam ni lah selalu. Bukan tak sayang ke atau tak ambil berat. Tapi sebab nak anak faham yang kita sayang mereka walaupun tak sambut hari lahir. Hari lahir tak semestinya disambut.

Tapi tak salah pun sambut. Biasa beli kek dan sambut sesama mereka je. Cuma tak nak anak terlalu berharap seolah ianya benda wajib. Dahlah mak kau orang ni sibuk. 😅

Jadi memandangkan semalam kita terlupa dan kebetulan hari ni minta para team turun KL untuk meeting sambil shoot gambar, video dan bincang apa yang patut,terus plan la sambutan ringkas. Buat apa yang sempat je.

Semoga menjadi anak yang solehah, kakak yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan berjaya dunia akhirat.

Jangkaan kelahiran Surfina dulu sama tarikh dengan Syifa, 22hb September, tapi dia nak keluar lebih awal sama bulan dengan ayah dia, Ogos.

#SyifaSamihah #Yangke12

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply