Skip to main content
Cerita NFAM

AKU YANG DULU VS AKU SEKARANG

By July 8, 2024No Comments
Alang2 ada haters tersakiti post gambar aku masa obes,aku belanja la gambar terkini aku
Itu pun aku censor sikit sebab ikutkan aku malas nak post gambar muka aku or family aku sebenarnya. Kdg2 je ada letak dekat story
Yes aku pernah obes sampai nak cecah 70kg. Aku ni pendek je orangnya,memang tak sesuai berat tu dan mulalah macam2 hal datang menjengah.
Ye la dengan anak 6,sejarah keguguran 4 kali,makan pula tak jaga dulu sebab jenis makan banyak badan kurus. Ingatkan selamanya macam tu. Sekali umur 30 lebih lepas anak 4 badan naik macam kena pam gitu. Faktor makan perancang jugak. Masa tu tak ada ilmu sangat lagi kesan ubat2 moden ni.
So banyaklah faktor aku gemuk tu termasuklah malas dan tak larat nak bersenam. 🤣
Lepas aku ubah cara pemakanan dan gaya hidup alhamdulillah aku dapat berat ideal 50kg. Tapi sebab aku kerap travel sana sini dan masak2 jamu orang datang rumah dengan aku2 naik la 2-3kg.
Tapi sekejap je boleh turun balik. Sebab tu la pentingnya ada ilmu.
Ilmu ni korang takkan diajar oleh orang2 yang bergelar perawat2 moden berkot putih tu ye. Sebab ilmu mereka lain. Ilmu mereka ko kena ambik banyak karbo dan buah.
Ilmu aku dan kawan2 lain.
So tak sama.
Aku dah buat macam2 cara
So sekarang aku maintain dgn formula aku sendiri hasil eksperimen bertahun2 terhadap badan sendiri,keluarga,kenalan,team dan group kecil aku.
Aku ajar percuma je weh tak caj pun. Cukuplah korang doakan aku.
Ambillah ilmu dalam tu banyak2. Pandai korek banyaklah dapat. Kat luar orang caj tau untuk ilmu2 tu. Jangan ingat benda free tak berharga.
Semoga bermanfaat.
Haters jangan marah ye aku dah kurus 2 tahun lepas lagi. Gambar ko guna tu gambar lama😛
Hahaha
Nfam,
Tak berkudis bila dikeji,tak selesa bila dipuji
May be an image of 2 people, slow loris and text

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply