Skip to main content

Alhamdulillah.
Operation berjalan lancar. Terima kasih pada yang mendoakan.
Sebenarnya dah lama ada ketumbuhan kecil tu. Tapi sebab tak rasa apa maka saya biarkan sahaja.
Tahun demi tahun, makin membesar, mula rasa tak selesa dan mula sakit.
Doktor pernah buang tapi tumbuh balik. Satu tu je,bukannya banyak. Degil betul nampaknya. Huhu
Doktor decide kena operation untuk buang dari akarnya.
Sebab tak nak buat swab test, saya bagitahu nak tunggu keadaan ok la.
Bulan demi bulan saya tunggu, nampaknya keadaan Covid-19 di negara kita tak nampak macam nak ok.
Ketumbuhan itupun makin lama makin sakit.
Saya hubungi doktor dan inform saya dah bersedia nak lalui operation.
Doktor pun tak tunggu lama terus bagi tarikh. Siap boleh deal lagi untuk saya dapat menyusukan si baby ni sebab memang tak boleh nak tinggal.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun lepas operation terasa sakit, tak boleh gerak, pening, loya nak muntah dan sangat lemah.
Sampai hari ini pun masih terasa lagi tapi semakin berkurangan.
Sample dihantar ke makmal, lagi 2 minggu follow up. Harap semuanya ok.
Semoga menjadi ujian penghapus dosa dan mendekatkan lagi diri dengan Dia.
Terima kasih Allah atas segala ujian-Mu.
Pengalaman buat swab test pun ok je, tak sakit langsung. Mungkin atas orang la kot. Kalau kita tenang, relaks, insyaallah semuanya lancar. Cuma rasa nyilu/nyeri macam tu je, tak lama dalam beberapa saat macam tu. Lepas tu automatik hidung dan mata berair.
Yang penting tak sakit. Saja tulis sebab ramai yang suka cakap sakit, nanti lebih ramai yang takut nak buat. 😅
Terima kasih sekali lagi.
Sekarang sedang mengalami mood swing yang boleh tahan juga.
Insyaallah kita cuba lalui dengan sebaik mungkin.
Semoga semua doa yang baik itu berbalik kepada yang berdoa.
Thanks a lot
With love,
Nfam ❤️

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply