Anda menghadapi masalah dengan kurier?
Call tak jawab, bila jawab pun tak ada tindakan.
Saya nak kongsi satu tip kepada anda.
Ramai yang tak tahu.
Jika anda dah ikut prosedur tapi masih tak jalan, sila buat laporan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia @SKMM atau juga dikenali sebagai MCMC.
Pergi ke web mereka, dan pilih menu untuk buat aduan.
Kurier takut dengan MCMC ni sebab lesen mereka boleh ditarik balik.
Info ini pernah dikongsikan oleh seorang peguam masa saya mengadu pasal barang saya yang tak dapat dikesan dan kurier pula lepas tangan.
Laju je dia email dan call kita weh. Sekejap je settle.
Ha. Cubalah.
Share. Sebab ramai tak tahu.
Semoga bermanfaat.
Pertahankan hak sebagai pengguna kurier.
Kepada syarikat kurier, tolonglah baiki perkhidmatan anda. Jangan pandang ringan walaupun satu aduan. Cari jalan untuk tingkatkan perkhidmatan lebih baik, barulah pengguna pun puas hati.
Once terkena pengalaman yang tak elok orang akan serik.
#Share #Semogabermanfaat