Antivaksin Bukan Ukuran Ekonomi: Nilai Pemikiran, Iman dan Prinsip

 

“Dahlah miskin, antivaksin pula. Betullah status ekonomi seseorang melambangkan IQ-nya!”
– Dr. Aizad Hassan

Ramai sahaja golongan kaya yang saya kenal menolak vaksin.
Ada yang dari awal, ada juga yang kemudian.
Majoriti memilih untuk diam kerana malas melayan drama pemikiran B40 si provaksin yang suka melabel dan menghina antivaksin, contohnya seperti doktor yang disebut di atas.


Pada saya, tidak penting pun sama ada seseorang itu kaya atau miskin.
Yang penting adalah berpegang kepada ajaran Islam.
Berpegang pada al-Quran dan Sunnah.


Ikut rapat orang alim yang mursyid, bukan yang hanya mengejar populariti tetapi kadang-kadang merapu.
Yang baik itu tidak mengapalah.


Apalah guna kalau perasan kaya tetapi sebenarnya miskin jiwa.
Paling parah, perasan kaya tetapi percaya vaksin.


Bagi saya, orang yang menolak vaksin ini pemikiran mereka T20.
Itu yang mahal.
Mereka kaya jiwa.
Mereka nampak kebenaran.


Mereka adalah minoriti yang dihina.
Tetapi mereka tidak semestinya sentiasa betul.
Dan orang lain juga tidak semestinya sentiasa salah.


Sebab iman ini berbolak-balik.
Bila-bila masa sesiapa pun akan diuji.


Tetapi yang penting, sekurang-kurangnya golongan antivaksin berusaha untuk amar makruf nahi mungkar,
dan berusaha mempertahankan diri daripada perkara yang memudaratkan.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply