Apa Akan Terjadi Jika Selat Hormuz Ditutup? Kesan Nyata Kepada Ekonomi Dunia & Rakyat Malaysia
1. Malam tadi dunia tergamam.
Iran dikatakan akan mengisytiharkan penutupan Selat Hormuz, laluan laut paling kritikal di dunia; tempat laluan lebih 20% bekalan minyak global.
2. Ramai rakyat Malaysia mungkin fikir,
“Ini konflik mereka di Timur Tengah. Apa kaitan dengan kita?”
3. Tapi percayalah, kesannya jauh lebih besar daripada yang kita sangka.
Dan ya; kita akan rasa kesannya… sangat dekat.
4. Selat Hormuz adalah selat sempit di antara Iran dan Oman.
Setiap hari, lebih 18 juta tong minyak dari Arab Saudi, Iraq, UAE dan Kuwait lalu situ untuk dihantar ke seluruh dunia termasuk ke Malaysia.
5. Kesan jika selat itu ditutup:
-
Harga minyak mentah dunia boleh melambung naik dalam masa 24–48 jam.
-
Kos logistik dan pengangkutan boleh jadi dua kali ganda.
-
Bekalan mungkin terputus untuk sesetengah negara.
Dan bila ini berlaku; rantaian kesannya sampai ke dapur rumah kita.
6. Kesan pada Malaysia:
-
Harga Minyak Naik Seterusnya Kos Hidup Melonjak
Kita memang pengeluar minyak, tetapi masih mengimport produk petroleum siap proses.
Jika harga minyak mentah dunia naik; harga bahan api, baja, dan pengangkutan semua akan turut naik.
Dan bila itu naik… kos makanan pun ikut naik.
-
Harga Barang Dapur Meroket
Beras, ayam, tepung, minyak masak; semuanya terikat dengan kos bahan api dan pengangkutan.
Kilang nak proses barang pun perlukan elektrik. Bila semua naik, peniaga akan mula naikkan harga.
Dan siapa yang akan terasa dahulu?
Kita, rakyat biasa.
-
Barang Import Sampai Lambat dan Akan Jadi Lebih Mahal
Malaysia banyak bergantung pada barang import; bahan mentah, makanan, ubat, alat ganti kilang.
Kalau pelabuhan utama ditutup, laluan kapal dialihkan; kos logistik naik, barang lambat masuk.
Lambat masuk = lambat sampai = lebih mahal.
-
Kos Perubatan dan Ubat Naik
Ramai tidak tahu, ubat-ubatan banyak bergantung kepada bahan aktif (API) dari India dan China, yang melalui Selat Hormuz juga.
Bila gangguan berlaku, pengeluar ubat akan mula simpan stok; harga ubat naik; klinik naik harga.
Untunglah mereka yang sudah lama mengamalkan ikhtiar secara alami dan alternatif; mereka hanya ke hospital untuk diagnosis dan masalah teknikal sahaja.
Setakat sakit ringan dan boleh diselesaikan cara lain memang ikhtiar dahulu.
-
Risiko Ekonomi Menguncup
Pasaran saham jatuh, pelabur asing menarik diri, nilai ringgit boleh merosot.
Syarikat mungkin mula mengurangkan pengambilan pekerja, dan inflasi akan menekan rakyat yang memang sedia terbeban.
Jadi kepada yang masih ada kerja, bersyukurlah dan jangan terlalu banyak merungut.
Bukan mudah lagi untuk mendapat pekerjaan sekarang.
7. Jangan ingat hanya Iran dan Israel yang bertarung.
Yang akan rugi ialah rakyat seluruh dunia.
Kita sedang duduk dalam dunia yang disambung melalui minyak, logistik, ekonomi dan kuasa.
Dan dalam semua ini; yang paling terkesan adalah kita yang tidak pernah pun mengundi siapa presiden sana, tidak pernah memegang senjata, tetapi menanggung semua luka senyap-senyap di dalam dompet.
8. Apa Kita Boleh Buat?
-
Simpan barang keperluan asas secara berhemah.
Nasihat lain sedikit nak diberi; ajarlah diri sendiri dan keluarga kerap berpuasa supaya tidak terlalu bergantung kepada makanan sangat.
Perlahan-lahan mulakan. Lama-lama biasa.
Bercakap dari pengalaman juga. -
Kurangkan pembaziran makanan dan tenaga
-
Sokong produk tempatan
-
Belajar berdikari dan ringankan gaya hidup
-
Tadabbur dan berdoa; kerana bila dunia semakin panas, hanya Allah tempat meminta perlindungan
Dunia sedang meruncing.
Tetapi jangan kita lalai.
Sediakan diri, sediakan hati.
Kerana badai yang melanda dari jauh… akhirnya tetap sampai ke tanah ini.
#sharingbynfam #awaken





