Kuno Atau Sedar? Jawapan Jujur Ibu Bapa Yang Pilih Untuk Tidak Vaksin Anak

Terdapat satu komen dalam satu thread baru-baru ini yang bertanya:

“Kenapa ya masih ada mak-mak kuno yang tak mahu cucuk anak dan selfish?”

Wow.

Kuno rupanya orang yang mengaji dan ambil tahu tentang sesuatu?

Moden la kiranya kalau ikut sahaja tanpa kaji dan tanpa soal?

Kalau benar-benar hadam info, pasti akan pertimbang semula — mungkin menolak dengan penuh kesedaran.


Jawapan kami mudah sahaja:

 

Kalau kuno itu bermaksud:

  • Tidak rela cucuk benda yang tidak jelas kandungan,

  • Tidak sanggup jadi mak yang menyesal bila anak jatuh sakit selepas dicucuk,

  • Tidak mahu percaya bulat-bulat kepada sistem yang sudah banyak kali menipu dan tidak telus,

Maka ya — kami pilih untuk jadi “kuno”.


Dan tentang ‘selfish’?

 

Mak ayah mana yang sanggup tengok anak sendiri jatuh sakit semata-mata sebab ikut arahan orang lain tanpa kaji dulu?

Kami bukan mementingkan diri.

Kami sedar.

Kami buat keputusan berdasarkan kajian, pengalaman, dan pemerhatian sendiri.

Bukan sebab ikut arus atau takut nak buat pilihan berbeza.


Fakta ringkas yang sering kami pegang:

 

  • Vaksin bukan jaminan kesihatan. Ramai yang sudah lengkap suntikan vaksin, namun masih jatuh sakit, malah ada yang tetap perlu dirawat di hospital.

 

  • Vaksin ada risiko kesan sampingan. Dari demam, sawan, penyakit autoimun, hingga lumpuh. Ini bukan teori — tetapi fakta berdasarkan label produk vaksin itu sendiri.

 

  • Kes mahkamah tentang kesan buruk vaksin memang wujud dan terbukti. Anda boleh cari dan semak sendiri; ini bukan lagi rahsia.


Dan yang paling penting:

 

Kami pilih untuk tidak vaksin, tetapi kami jaga makan anak, jaga imun mereka, pastikan kesihatan mereka dibina dari akar — bukan tunggu sakit baru rawat.

Kami ambil tanggungjawab penuh atas setiap keputusan ini.


Jadi, lain kali sebelum mahu menuduh ‘selfish’…

 

Pastikan anda lebih berilmu daripada orang yang anda tuduh.

Kalau sekadar percaya sebab “semua orang buat”, itu bukan ilmu.

Itu hanya ikut arus.

Kesian.


Sumber Artikel:

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply