Skip to main content
Sebenarnya Asmak Grand Award (AGA) ni kami buat di Awana Genting Highlands setiap tahun, kebiasaannya bulan Februari.

Kenapa di sini?

Sebab Asmak diasaskan di Bentong. Dan Bentong juga boleh kira centre untuk semua orang di Malaysia ni. Sebelah KL. Akses senang. Malah para agen boleh rasa bercuti di sini bersama keluarga sambil meraikan kejayaan masing-masing. Boleh shopping kat Genting Highlands Premium Outlet lagi.
Tahun ni tahun keempat kami buat tapi pertama kalinya secara online.
Last kami buat hujung Februari tahun lepas, sebelum kerajaan buat PKP.
Dari awal tahun ni saya berharap boleh dibuat dari sebulan ke sebulan sampailah saya dapati dah masanya untuk tidak lagi menunggu. Tak tahu pk pk ni bila nak habis. Huhu
Event tahunan tetap kena buat walaupun kami semua akan berjumpa secara maya.
Persediaan dilakukan sama seperti biasanya, bezanya tiada booking makanan mahupun penginapan dan tiada lagi suasana sibuk menyiapkan dewan dan persiapan akhir beberapa hari sebelum AGA. Arghhh.. Rindunya saat itu.
Segala perancangan bisnes kami untuk offline pun terbatal sejak PKP tahun lepas.
Tapi hidup mesti diteruskan dan semangat haruslah kental. Apa pun jua perlu dihadapi. Malah kena usaha berkali ganda.
Masa untuk meraikan hasil usaha seluruh pengedar Asmak. Hari penghargaan buat mereka. Walaupun tak semeriah selalu, tapi apa yang penting, kita tetap buat.
Tak sabar nak meraikan semua yang layak pada tahun ini. Tahniah buat kalian 🌹🌹🌹
Bagi yang baru menyertai keluarga besar Asmak, berusahalah supaya anda tersenarai tahun depan ye.
Jadikan kejayaan mereka sebagai inspirasi buat anda.

Jumpa Sabtu ni 😍

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply