Benda paling senang, menyalahkan orang lain.
Benda paling susah, menyalahkan diri sendiri.
Menyalahkan orang lain tak dapat apa, menyalahkan diri sendiri, anda yang akan terpaksa menjadi lebih baik.
Saya berikan contoh ;
Ketika saya bergelar guru, saya dan boleh kata rakan – rakan lain selalu stress apabila pihak atasan suka menyalahkan kami atas apa jua yang berlaku terutamanya bila melibatkan prestasi murid.
Murid tak pandai, salah cikgu.
Murid tak lulus, salah cikgu.
Murid tak datang sekolah, pun salah cikgu.
Pendek kata semua salah cikgu, dan cikgu tak dibenarkan menyalahkan murid.
Murid adalah pelanggan dan tak boleh disalahkan.
Stress kalau fikir.
Jadi untuk itu, guru perlu hadir banyak kursus dan bila di sekolah kena banyak berfikir untuk perbaiki prestasi murid.
Apa yang berlaku?
Dari semasa ke semasa guru semakin pandai, semakin bijak, sebab kena hadir banyak kursus dan sebab kena banyak berfikir. Ini bagi yang memang buatlah.
Dalam masa yang sama guru berubah jadi lebih baik, dan anak murid akan ikut sekali. Tapi ni tak termasuk murid yang tegar pemalas dan memang tak nak berubah.
Jadi faedahnya siapa yang dapat?
Pihak yang selalu salahkan diri sendiri.
Sebab dia akan improve diri dia lebih baik. Dia jadi positif sebab selalu optimis.
Ubahlah diri sendiri dulu, insyaallah pandangan anda kepada orang di sekeliling anda juga berubah.
Tapi berpada ye, jangan sampai menyalahkan diri tak tentu pasal pula.
Salahkan diri untuk berubah jadi lebih baik sahaja sebab kita tak mampu ubah orang, tapi kita mampu ubah diri sendiri. Ubah apa yang dalam kuasa kita sahaja. ❤️
Nfam