Menaikkan bendera putih bukanlah bererti kalah dalam perjuangan, namun ianya adalah antara salah satu usaha juga.
Usah malu untuk kibarkan bendera putih sekiranya anda dalam kesusahan dan benar – benar memerlukan.
Sama-sama kita saling membantu orang-orang yang dalam kesulitan.
Dan sebaiknya yang membantu usahlah di war-warkan siapa yang anda bantu di media sosial kerana mereka juga ada perasaan malu dan segan. Bukan senang nak dapatkan kekuatan nak letak bendera putih bagi sesetengah orang. Mereka sudah ketepikan perasaan mereka.
Jika mahu sebarkan juga, tutuplah wajah, kaburkan lokasi dan sorokkan identiti penerima.
Sebaik-baik sedekah ialah tangan kanan memberi, tangan kiri pun tak tahu.





