Zaman fitnah berleluasa. Ada masa kita diam, ada masa kita perlu bersuara. Kerana diam itu memburukkan keadaan. Tapi dalam banyak keadaan diam itu lebih baik.
Balik kampung baru ni pun ada dengar seorang hamba Allah memfitnah kami. Lepas tu dia padam post di fb dia. Awat padam?
Hajat di hati nak pergi jumpa. Nanti kita tunggu masa sesuai. Dia ingat kita takut nak bersemuka agaknya. Satu lagi dia konon nak dedahkan aib kita yang direka-reka, walhal aib dia lagi besar terbuka. Hanya sebab kes minta hutang orang sanggup memfitnah. Jumpa depan la apa nak takut. Menyalak tepi bukit sahaja.
Jadi kalau anda pun sama kena fitnah. Relaks. Tak perlu kalut. Bukan kita buat salah.
Teruskan berdoa. Insyaallah kebenaran akan muncul cepat atau lambat.
Lebih teruk dari ni pernah kena, setakat kena fitnah di media sosial pun apa la sangat kan. Bawang besar, bawang merah, bawang putih memang selalu akan bersatu.
Jom mengkurma!
Nfam,
Berani kerana benar. Takut kerana salah. Tak gentar bersemuka dengan sesiapa pun terutamanya keyboard warrior.