Majikan perlu tahu hak.
Hari ni nak kongsi tentang salah satu hak majikan. Apa pun bergantung pada polisi organisasi anda.
Apabila seorang pekerja baru masuk, dia akan diberikan polisi dan perlu tandatangan. Tak kiralah dia kontrak atau tetap.
Kebanyakan organisasi menetapkan perlu beri notis sebulan jika nak berhenti kerja atau perlu membayar semula gaji sebulan.
Bagaimana jika ada pekerja yang berhenti selepas dapat gaji tanpa memberikan notis sebulan?
Ini apa yang anda boleh buat :
1. Hubungi bekas pekerja itu dan cuba selesai cara baik.
2. Minta dia bayar gaji sebulan yang terakhir diterima.
3. Jika dia berdegil, anda buat surat rasmi yang jelas tertera tarikh dia perlu buat pembayaran. Anda ada hak untuk minta dalam masa 24 jam juga.
4. Jika dia masih tidak membuat pembayaran, sila bawa surat berkenaan dan surat perjanjian bekas pekerja ke pejabat buruh.
5. Dalam masa 2 minggu, kedua pihak akan duduk sekali berbincang.
6. Kegagalan bekas pekerja memenuhi kehendak majikan boleh menyebabkan dia dibicarakan.
7. Nama bekas pekerja akan masuk senarai hitam dalam sistem jabatan buruh dan boleh diakses oleh majikan tempat anda mahu mohon kerja nanti.
8. Bekas pekerja akan dibicarakan dan akan dikenakan tindakan. Dari tak nak bayar gaji sebulan walaupun mampu berbuat demikian, terpaksa hadapi risiko yang besar.
Jadi sebelum buat apa-apa, berfikirlah masak-masak dan belajar tahu hak masing-masing.
Apabila anda nekad untuk tidak membayar semula, anda sudah seperti orang yang berhutang dan selagi tak selesai, maka jawablah di sana nanti. Amalan orang berhutang tergantung dan tak bau syurga.
Dulu saya pun pernah berhenti dan tiada pun majikan suruh bayar semula gaji. Tapi saya bayar juga tanpa diminta sebab kita ada maruah dan harga diri.
Pada yang berhenti bodoh-bodoh tu, dan tak nak bayar semula, sila cari semula di mana letaknya maruah dan harga diri anda.
Hanya pada sejumlah wang yang sedikit.
Nfam,
Datang cara baik, pergi cara tak baik – biadab namanya. Masa minta kerja merayu – rayu, dah dapat tak hargai.