Bila Algoritma Jadi Perisai: Naratif, Sekatan & “Kebenaran” di Media Sosial

 

“Anti-V sukar menapak, apatah lagi menyebar sayap dalam Thread.
Algoritma tidak membenarkan kebodohan berakar, dan warga Thread pula cepat menepis dengan fakta. Bijak, sinis, tetapi padu. Itu beza komuniti di sini. Bravo.”
— Public Health Malaysia @ Thread


Katanya,
“Anti-V sukar menapak… algoritma tidak membenarkan kebodohan berakar.”

Lucu, bukan?


Yang kononnya pejuang sains,
tetapi perlu bantuan algoritma untuk menapis pandangan orang lain.


Kalau fakta benar-benar kukuh,
tidak perlu AI, laporan, dan shadowban untuk menang hujah.


Kebenaran boleh berdiri sendiri;
yang memerlukan “filter” itu cuma naratif yang goyah.


Mereka memanggil kita bodoh kerana tidak mengikut arus.


Tetapi arus itulah yang membawa ramai tenggelam;
anak sawan selepas vaksin, ibu trauma kehilangan anak,
semua disapu bawah karpet atas nama “kebetulan”.


Dan apabila kita membuka mulut,
katanya kita menyebarkan kebodohan.


Padahal yang mereka takut bukan kebodohan;
mereka takut kebangkitan kesedaran.


Jangan risau jika suara kita disorok.
Apabila suara kebenaran disekat,
itu tanda kita sedang menyentuh sesuatu yang mereka cuba “tutup”.


P/S:
Di Facebook, ramai sudah sedar.
Pos mereka banyak menerima kecaman.
Sekarang mereka seronok dapat “membodohkan” pengguna muda di Thread.

Klik di sini untuk lihat posting asal

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply