Bila Dunia Sibuk, Tapi Jiwa Kosong: Keutamaan Hidup di Era Kesibukan

 

Bila Dunia Sibuk, Tapi Jiwa Kosong

 

Setiap hari aku makin faham, hidup ini bukan tentang siapa paling sibuk, tapi siapa paling dekat dengan Allah.

Ramai nampak aku aktif di media sosial, tapi sebenarnya fokus aku bukan di sini.

Yang utama tetap keluarga, diri, dan bekalan untuk akhirat.

Kerana pada akhirnya; yang akan menemani bukanlah pengikut, bukan sijil, bukan pangkat, tapi amal, adab, dan anak yang soleh.

Hari ini, terlalu ramai orang berkejar untuk berjaya dalam sistem, tapi gagal membina sistem dalam rumah sendiri.

Anak cemerlang di sekolah, tapi kosong dalam adab.

Pandai berbahas, tapi tidak kenal Tuhan.

Berani berhujah, tapi tidak tahu menundukkan hati.

Itulah hasil dunia bila ilmu agama ditinggalkan, dan adab bukan lagi keutamaan.

Kita lupa, tujuan belajar bukan untuk berlumba; tapi untuk menjadi manusia.

Dan manusia yang sebenar ialah yang tahu menimbang antara dunia dan akhirat.

Jangan biarkan anak-anak hanya hafal teori, tapi buta bila berdepan fitnah dunia sebenar.

Jangan biarkan mereka hidup sekadar mengikut acuan sistem. Ini kerana sistem hari ini tidak dibina untuk melahirkan insan, tapi untuk membentuk pekerja yang patuh; bukan manusia yang berfikir.

Ajarlah anak ilmu kehidupan: bagaimana berdiri dengan iman, bagaimana menjaga maruah, bagaimana mencari rezeki dengan berkat, bukan sekadar banyak.

Ajarlah mereka kemahiran; tapi sertakan nilai. Kerana kemahiran tanpa adab hanya melahirkan generasi yang pandai menipu.

Aku sudah sampai satu titik, di mana kejayaan bukan lagi tentang ramai yang kenal, tapi siapa yang aku mahu bawa sekali ke arah kebaikan.

Dunia ini sementara.

Kalau tidak sempat kaya pun tidak mengapa; asalkan kita sempat kembali kepada Allah dengan hati yang bersih.

Ilmu dunia penting, tapi ilmu mengenal Tuhan lebih utama.

Sebab dunia ini bukan tempat menetap, tapi tempat singgah untuk bekal perjalanan yang panjang.

Salam Jumaat semua.

Al-Kahfi penuh jangan lupa hari ini. Banyakkan selawat, doa, zikir dan amalan sempena penghulu hari.

 

 

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply