Bila Manusia Degil Dengan Kebenaran: Tadabbur Surah Al-Baqarah Ayat 211

 

Surah Al-Baqarah: 211
“Tanyakanlah kepada Bani Israil, berapa banyak tanda-tanda yang jelas yang telah Kami berikan kepada mereka. Dan sesiapa yang menukar nikmat Allah selepas ia datang kepadanya, maka sesungguhnya Allah sangat keras azab-Nya.”

1. Kadang-kadang kita sangka…

Orang sesat itu sebab tidak tahu.
Orang tolak kebenaran sebab tidak dengar.
Orang menentang agama sebab tidak faham.

2. Tapi Allah dedahkan satu hakikat…

Ada manusia yang tahu, nampak, faham,
tetapi tetap menolak.

3. Itulah yang berlaku pada Bani Israil.

Tanda-tanda sudah sampai. Wahyu sudah turun.
Nabi Musa sudah bimbing. Mukjizat demi mukjizat.
Laut terbelah depan mata. Manna dan salwa dari langit.
Tetapi mereka tetap melawan. Tetap minta lebih. Tetap degil.

4. Dan ayat ini bukan sekadar kisah lama.

Ini peringatan hidup untuk kita hari ini.

5. Hari ini kita pun sama.

Tanda-tanda sudah banyak.
Kebenaran terbentang jelas dalam Al-Qur’an,
tetapi masih ramai memilih untuk berpaling.

  • Kita tengok makanan haram berleluasa; tetapi kita kata “jangan fanatik.”

  • Kita tahu sistem kewangan berlandaskan riba; tetapi kita kata “normal lah, semua orang buat.”

  • Kita tahu vaksin, hiburan, iklan, kurikulum… semua makin jauh dari fitrah; tetapi kita kata “ikut arus.”

6. Kita tahu. Kita nampak. Kita sedar.

Tetapi kita pilih untuk diam. Untuk ikut. Untuk benarkan.
Itulah “menukar nikmat menjadi laknat.”

7. Nikmat apa yang kita tukar?

Nikmat ilmu.
Nikmat hidayah.
Nikmat Islam yang datang dari kecil; tetapi kita cabut dan buang,
bila sistem dunia ajak kita tunduk kepada mereka.

8. Allah tidak pernah sorok kebenaran.

Tetapi kita sendiri yang tutup hati.
Bukan kerana kita tidak tahu,
tetapi kerana kita tidak mahu tunduk.

9. Dan bila kita mula tukar kebenaran dengan keselesaan,

Tukar perjuangan dengan kesenangan,
Tukar prinsip dengan pengiktirafan…

10. Di situlah azab Allah bermula;

Dalam bentuk yang tidak selalu kelihatan sebagai azab.

11. Kadang Allah tidak turunkan petir.

Tetapi Dia tarik rasa bersalah.
Dia biarkan hati kita selesa dalam dosa.
Itu jauh lebih menakutkan.

12. Kalau hari ini kita sudah tahu,

Sudah nampak, sudah dengar…
Tetapi masih tidak mahu ikut jalan yang benar…
Kita tidak jauh beza dengan kaum Bani Israil.

13. Dan kita tahu…

Bagaimana kesudahan mereka…
Maka ambillah sebagai pengajaran.

Sumber artikel: Tadabbur Surah Al-Baqarah ayat 211 | #TadabburSurahAlBaqarah #sharingbynfam #awaken

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply