Budaya Toksik dalam Sebahagian Perkhidmatan Awam: Satu Pemerhatian Bekas Guru

 

Artikel ini merupakan satu perkongsian pemerhatian dan pengalaman peribadi seorang bekas guru berkenaan budaya toksik dalam sebahagian sektor perkhidmatan awam. Ia tidak bertujuan menyerang mana-mana individu secara spesifik, tetapi membincangkan corak tingkah laku yang semakin meresahkan dan wajar diberi perhatian masyarakat.


Perbandingan Budaya Kerja: Guru KPM vs Petugas Kesihatan

Maaf cakap.

Saya merupakan seorang bekas guru. Walaupun dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri memang wujud unsur toksik, namun kadarnya masih berada pada tahap yang boleh dianggap “normal”.

Namun, berbeza dengan sebuah kementerian lain, tahap ketoksikan dalam kalangan sebahagian kakitangannya sangat tinggi dan ketara.


Tingkah Laku Terhadap Orang Awam

 

Cuba kita lihat dan bandingkan secara jujur:

Adakah kita pernah melihat guru-guru KPM bergaduh dengan orang awam?

Adakah kita pernah melihat guru-guru bergaduh dengan ibu bapa yang memilih untuk menghomeschool anak mereka?

Hakikatnya, perkara ini jarang, malah hampir tidak berlaku.

Namun sebaliknya, kita boleh dengan mudah melihat petugas kesihatan yang bersikap biadab, suka bergaduh dengan golongan antivaksin, serta terlibat dalam perbalahan terbuka di media sosial.


Fenomena Cyberbully dan Akaun Palsu

 

Lebih membimbangkan, terdapat petugas kesihatan yang:

  • Gemar melakukan cyberbully terhadap antivaksin

  • Menggunakan akaun palsu

  • Bersekongkol menggunakan beberapa akaun palsu untuk terus mencaci maki dan membuli

 

Ini bukan lagi isu perbezaan pandangan, tetapi sudah menjadi budaya membuli secara sistematik.

Kami bukan budak-budak untuk dibuli.


Konflik dengan Orang Awam sebagai “Normalisasi”

 

 

Bergaduh dengan orang awam seolah-olah sudah menjadi perkara biasa bagi mereka.

Sedangkan jika dibandingkan dengan guru-guru KPM, perbezaannya sangat jauh dari segi adab dan tingkah laku.

Sekurang-kurangnya, guru-guru KPM tidak:

  • Membuat akaun palsu

  • Beramai-ramai menggunakan akaun palsu

  • Terus menyerang dan membuli individu yang berbeza pendirian


Apabila Laporan Dibuat, Naratif Berubah

 

Masalah menjadi lebih parah apabila perkara ini dilaporkan melalui saluran yang sepatutnya.

Apabila kita diam, mereka semakin menjadi-jadi.
Apabila kita membuat laporan dan bertindak mengikut saluran rasmi, mereka mula meroyan.

Tiba-tiba muncul pelbagai alasan:

  • “Ibu itu dalam pantang katanya.”

  • “Anak dalam NICU.”

 

Persoalannya mudah.

Jika sudah tahu sedang diuji, mengapa memilih untuk melakukan kerja yang keji?


Drama Selepas Tertangkap

 

Tidak mustahil selepas ini akan keluar pula ayat seperti:

“Teruknya orang yang membuat laporan itu, tak tahukah dia sedang menyusukan anak?”

Sedangkan ketika melakukan kejahatan, langsung tidak ingat dunia.

Bila sudah dikenakan tindakan, jangan pula berdrama berlebihan.


Ini bukan soal benci atau dendam.

Ini soal akauntabiliti, adab, dan tanggungjawab sebagai penjawat awam yang dibayar dengan wang rakyat.

Sekian bebel.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply