Skip to main content
Umum

Bukan Tak Tahu Kes-kes Viral & Isu Terkini

By September 12, 2022No Comments
Saya sebenarnya malas nak tulis. Saya bukan tak tahu kes-kes viral dan isu terkini,tapi saya memilih untuk diam dan tak mengulas. Bukan semua benda kita perlu ambil tahu dan ulas. Kadang ada benda saya baca tajuk je,lepas tu scroll.
Malas nak bebankan otak berfikir masalah yang tak perlu. Tarik energy kita je benda negatif ni kadang.
Antara sebab saya lebih suka diam ;
1. Sebab takut tersalah menulis
2. Buang masa
3. Bila kekurangan info diam lebih baik
Tapi ada satu isu ni,lama dah saya perhatikan makin menjadi-jadi. Dan saya rasa kesian dengan mangsa dia ni.
Dari dulu lagi saya pelik sebenarnya dengan dia. Kata jual tudung puluh-puluh juta,jual dekat siapa? Tengok kiosk dia sendu je.
Lepas tu buat bisnes susu. Ok kita join. Banyak sebab join masa tu. Antaranya cuba bersangka baik yang dia ni genuine,so kita test join.
Dari awal lagi saya perasan bermasalah.
Tapi tak apa,kita layan je.
Dari hari ke hari kepelikan semakin bertambah.
Ada isu,ada je jawapan dia. Tak adanya nak mengalah,dia je betul. Pusing sana pusing sini. Team pengurusan dia pun entah apa-apa.
Masa viral tu pun banyak masalah,nak dapat barang susah,untung dahla kecik,lepas tu masalah stok jangan kata.
Hampeh.
Dari situ dah semakin yakin dia ni something wrong. Macam style ; “ok kita set up bisnes ni,lepas tu hit and run,ambik agen stokis ramai-ramai,nanti kita buat tahi dan blah, create another business pulak “ ha..gitulah style dia ni.
Lepas tu dia ni buat inai pulak. Dah agak dah,mesti game lebih kurang sama. Tengok pakej stokis dan agen dia pun dah nampak memang hampir sama sangat. Ceritanya lebih kurang la jugak. Akan ada isu,dia akan menafikan,lepas tu media akan cover cerita dia hari-hari,gila publisiti.
Rakyat Malaysia,korang jangan layanlah orang macam ni.
Kat Malaysia ni kalau nampak kaya sangat tapi muka dan gaya tu sekali tengok dah tahu bukan otak bisnes dan bukan orang bisnes pun,maka hati-hati lah.
Banyak sebab mereka jadi macam tu,boleh jadi salah satu sebab di bawah atau lebih
1. Memang kaya tak tahu nak buat apa,just nak kekal popular
2. Cuci duit @ cover taikun
3. Bitcoin or adik beradiknya
4. Buat bisnes haram contohnya jual dadah
5. Buat forex
6. Freemusang
Jangan ingat yang last tu tak ada di kalangan yang bertudung dan nampak alim ye. Sedangkan orang agama pun dengarnya ada yang terlibat,inikan pulak orang yang baru pakai tudung dua hari.
Pesanan ni untuk semua berhati-hati.
Kalau ikutkan panjang nak tulis sebenarnya,tapi saya dah buat dalam bentuk rumusan untuk anda semua. Sekian
P/s: Banyak lagi nak share,korang nak tahu ke? Komenlah sikit kot boleh bagi semangat untuk saya menulis lagi sebab sebenarnya malas nak share,tapi kalau ramai nak kita sambung lagi nanti.
Pengkaji amatur

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply