KES STUDY 8
Disclaimer :
Dalam kes study yang saya tulis,siapa tidak penting,apa yang penting ialah ambil pengajaran dan mesej dalam cerita untuk dijadikan
panduan. Jika baik,ambil,jika tidak abaikan.
Jelas dengan tujuan berbisnes
Si H merupakan seorang yang rajin berbisnes. Beliau cuba buat yang terbaik setiap hari untuk bisnesnya.
Dia juga seorang yang jujur dan berani berkata benar walaupun pahit. Satu ciri yang saya amat suka padanya. Tak ada istilah nak manis mulut atau nak jaga hati sesiapa. Jika benar dia sokong,jika tidak dia akan bersuara dengan cara yang baik.
Satu hari,beliau dikejutkan dengan berita leader beliau mahu stop dengan team dan meninggalkan mereka begitu sahaja secara tiba-tiba. Si H berasa kecewa kerana leader itu tak bertanggungjawab dan melepaskan team begitu sahaja di saat mereka memerlukan.
Tapi si H bangkit dengan bersemangat sekali. Apa pun yang terjadi dia nekad akan meneruskan bisnes ini dan tidak berpaling pada yang lain.
Dia jelas dengan tujuan dia berbisnes bukan sebab leader itu tapi kerana dirinya sendiri mahu berbisnes.
Jika berbisnes kerana leader,takkan bertahan lama. Lagipun takkan kita nak ikut sahaja apa jua perbuatan leader walaupun tak betul ?
Patuh pada leader bukan sampai bertukar bisnes berkali-kali.
Seorang leader yang bagus takkan bertukar bisnes terlalu kerap melainkan dia bermasalah. Leader yang bermasalah tak perlu diikuti.
Si H meneruskan bisnes seperti biasa dan pencapaiannya juga lebih baik dari dahulu di bawah leader baru.
Dia juga lebih gembira kerana masih kekal dengan bisnes yang sudah lama dipertahankan bersama teamnya.
Dia juga nekad,dia takkan buat apa yang leader dahulu buat padanya iaitu meninggalkan dia begitu sahaja di saat memerlukan.
Dia berjanji dengan diri sendiri mahu menjaga teamnya sebab tak mahu mereka rasa apa yang pernah dia lalui dahulu.
Terkontang-kanting dan mencari arah,mujurlah leader baru bantu tunjukkan jalan.
Bayangkan jika tiada siapa yang peduli?
Gaiss,bila buat bisnes,betulkan niat berbisnes itu. Buat bisnes bukan sebab nak puaskan hati leader atau terikut semata,tapi sebab memang kita jelas dengan tujuan berbisnes itu sendiri.
Bila kita jelas,datanglah apa jua ujian melanda,kita akan teguh.
Kita bukan muda lagi nak bertukar empayar bisnes banyak kali.
Buang masa jika bertahun membina team tapi ditinggalkan begitu sahaja.
Jika asyik tak berpuas hati dengan company orang lain,sebaiknya orang begini harus mendirikan bisnesnya sendiri. Buat produk sendiri,juallah sendiri. Baru tahu susah dan senang menjadi pendiri bisnes berbanding jadi tukang pengkritik dan kondem sahaja.
Sembang memang mudah berbanding nak buat. Sembang kari orang kata.
Nak buat itu yang susah.
Yang banyak cakap ini kadang tak buat pula produk sendiri,agaknya tahu bukan senang. Tapi mengutuk syarikat orang lain tanpa sedar diri yang belum tentu dapat menggalas tanggungjawab itu.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
Nfam~ Nor Fazilah Abd Mohd
Mentor & Leader kepada stokis dan agen