Skip to main content
Cerita Bisnes

Cepat panas cepatlah sejuk

By November 16, 2018No Comments

CEPAT PANAS CEPATLAH SEJUK

Apalah pulak saya nak cerita kali ni kan.

Sebenarnya dah banyak kali saya nak cerita tapi asyik terlupa.

Ianya tentang seseorang yang mudah teruja dengan sesuatu.Awal-awal memang excited lah!

Laju segala.

Panas lain macam dia punya enjin tu.

Tapi akhirnya dia jugalah yang sejuk macam air batu.Beku terus.Hehe

Saya cukup risau jumpa orang macam ni.Persamaan mereka ialah mereka orang yang tak sabar.

Semua nak cepat.

Kalau boleh post ayat iklan hari ni,semalam dah nak close sales.

Kalau boleh,hari ni close sales,semalam dah nak untung banyak.

Kalau boleh,hari ini untung,semalam dah boleh capai segala impian.

Menakutkan bukan?

Buat apa-apa kena sabar.

Jelas dengan matlamat.Jelas dengan misi.Jelas dengan visi.

Bukan meniaga ikut-ikut orang.

Usah terlebih excited.

Masa excited semua jadi.

Bila dah sejuk,excited pun hilang,mulalah dia down.

Cari benda baru,jual benda baru pula.

Begitulah seterusnya.

Tak kenal erti penat.Kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.

Hidup kita ni bukan lama.

Sampai bila asyik nak cari orang baru untuk pelbagai jenama yang kita jual?

Kan bagus kalau database yang sama sahaja yang kita jaga dan sentiasa bersama kita?

Mindset niaga susah sikit nak faham.Jika anda mindset bisnes insyaAllah lebih mudah.

Saya memang sentiasa dapat meramalkan (agak-agak ,bukan tukang tilik) golongan macam ni.

Dalam bisnes saya pun golongan ni dah banyak yang datang dan pergi.

Bila kita tengok,tak ke mana pun mereka.Macam itu juga.Ada yang dah semakin down sebab buat apa semua tak jadi.

Mereka patutnya baca RLBT supaya dapat memilih bisnes yang betul sebab dalam tu saya dah cerita.

Nasihat saya,buat apa-apa biar sederhana,usah terlalu panas,usah terlalu sejuk.

Nor Fazilah Abd Mohd
Norfazilah.com

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply