Skip to main content
Uncategorized

Circle yang Positif Membentuk Kehidupan yang Positif

Jagalah circle baik-baik. Jika ada yang tak bagus, segeralah elakkan. Kelak ia hanya memakan diri sendiri.
Tak rugi menjauhi golongan ini. Hati – hati dengan mereka kerana mereka ini selalunya suka berpura-pura di hadapan kita.
.
Jadilah diri sendiri✌️
Insyaallah bahagia dunia akhirat
+++++++++++++++++++++++++++
.
Sebenarnya, golongan munafik telah wujud sejak zaman Rasulullah SAW lagi.
Setelah umat Islam memenangi Perang Badar melawan orang kafir, ramai yang memeluk agama Islam.
Mulai saat itulah rupa-rupanya ada orang kafir yang berpura-pura memeluk Islam.
Padahal, hati mereka menyembunyikan kekufuran. Inilah dia orang-orang munafik.
.
Apa tanda-tanda orang munafik?
.
Rasulullah SAW bersabda: “Tanda orang munafik itu ada tiga apabila berucap dia berdusta, jika membuat janji dia mungkiri dan jika dipercayai dia mengkhianati.” (Riwayat al-Bukhari)
Sifat munafik ini bukan sahaja dibenci malah para sahabat RA termasuk orang yang kuat imannya, mereka paling takut jika timbulnya sifat munafik dalam diri mereka.
.
Ia boleh dilihat menerusi sikap Umar bin al-Khattab RA yang sangat risau dengan sifat munafik.
Beliau memberanikan diri bertanya kepada Huzaifah yang merupakan pemegang rahsia Nabi SAW dan mengetahui senarai nama munafik.
.
Umar bertanya apakah baginda memasukkannya sebagai orang munafik? Sudah tentu Huzaifah menjawab ‘tidak’.
Oleh itu, sebagai orang Islam, berhati-hati dengan sifat munafik dan berusaha untuk menjauhinya.
Bagaimana caranya? Bersegeralah mendirikan solat dan berjemaah di masjid, berakhlak baik dan mendalami ilmu agama, bersedekah, menghidupkan solat malam dan sentiasa berdoa agar dilindungi dari sifat munafik.
.
(Sumber: Mustafar Mohd Suki)

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply