Aku tak sempat nak komen empunya post ni dah padam post dia agaknya.
Maybe komen2 lain pun kecam dia kot.
Aku just sempat ss je.
Biasa orang bagi basic rendah tapi komisen not bad. Jadi kalau nak gaji lebih tinggal nak usaha je la. Kejar komisen
Ingat owner bisnes sales tinggi, untung pun tinggi sangat ke?
Company dah tentu ada komitmen. Dengan TT bayar lambat lagi duit. Nak rolling lagi
Overhead dan pelbagai kos company nak kena tanggung. Nak kena reserve cash untuk settle apa yang patut lagi.
Kalau banyak cakap dan pertikai macam ni eloklah buka company sendiri merasa dulu jadi pendiri bisnes. Lepas tu sembang tengok sedap ke tak sedap. Baru tau langit tinggi ke rendah
Setakat sembang macam ni sape pun boleh. Sembang kasi bimbang tapi sendiri biasanya loser.
Dah berapa ramai sembang macam ni last cari kerja balik tak mampu nak survive. Dahlah sekarang musim2 orang tutup bisnes. Orang yang dah lama bisnes pun terpaksa mengalah,inikan pulak yang baru nak menapak memang sakitlah.
Try la. Tak mustahil pun. Cuma bersedia je la hadapi onak dan duri.
Sekian terima kasih,
Dari owner bisnes.