Skip to main content
Makanan

Sharingbynfam.

Nama tempat makan ni Rare,kat Gombak.
Tak sangka aku dengar kisah ”rare” kat sini. Borak dengan anak kawan aku yang baru diberhentikan kerja. Aku tanya dia kenapa kena buang.
Jawapan dia sebab dia datang lambat 10 minit. Seriuslah aku tanya dia. Dia cakap ye sebab datang lambat 10 minit walaupun dah kerja lama juga di situ.
Aku korek lagi,ini yang aku dapat tahu. Tapi janganlah tanya kedai makan mana ye. Tengok boleh tahan juga ada artis2 pun pernah pergi.
1. Gaji dibayar RM1700
2. Kerja dari 10am-10pm tapi jarang dapat OT walaupun kerja lebih masa.
3. Kwsp ke Socso semua tu tak ada
4. Pernah dia demam dan tak dapat pergi kerja. Boss dia call suruh datang juga atau kena buang. Maka pergilah dia walaupun tak sihat.
5. Kedai tak bayar elektrik puluh ribu bila nak kena potong staf yang kena hadap yang boss dengan manager semua lari
Banyak lagi dia cerita. Macam tak sanggup nak dengar. Kesian.
Tak sangka anak tempatan dibuat macam ni.
Ingat senang ke nak dapat pekerja warga tempatan ni😅
Kontra pulak dengan aku
Agaknya kalau lewat 10 minit dah kena buang ramailah staf aku dah tak ada. So far aku memang tak suka staf datang lambat. Pada aku jenis macam ni tak ada disiplin,tak menepati masa dan tak hormat dengan majikan. Cuma aku kata kalau ada benda yang tak dapat dielakkan if terlewat sedikit just gantikan je la masa tu. Contoh patut masuk 8am-5pm,tapi masuk 8.10am,baliklah 5.10pm. Bukan nak berkira sangat,tapi tak adil untuk staf lain,pasal gaji tetap dapat juga.
Yang kedua risau nanti gaji tu tak berkat sebab tak cukup masa. Itu yang selalu tak cukup je dan ditimpa itu ini.
Bila dengar kisah pekerja dianiaya ni aku cuma nak pesan pada semua yang masih bekerja kalau dapat majikan yang jaga korang elok2 tu maka hargailah.
Sebab bukan senang nak dapat majikan yang ok zaman2 macam sekarang ni.
Semoga adik tu dapat pekerjaan yang lebih baik. Dah bagi beberapa pesanan kat dia juga. Semoga dia belajar dari pengalaman dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Amin

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply