Kisah Inspirasi

Dari wanita berkerjaya ke surirumah.

Tentang hijrah – dari wanita bekerjaya ke surirumah
Wanita mesti jadi ketua atau pegang duit sendiri?
Benda ni jadi isu semula kan. Macam2 pendapat,dan aku seronok baca dari pelbagai versi sebab ianya perkongsian yang menarik.
Jom baca pandangan aku pula tentang benda ni,tak adalah beza mana sebab pendapat aku lebih kurang juga dari beberapa segi dengan orang lain,tapi mungkin ada sedikit yang lain.
1. Yes,memang aku buat bisnes. Tapi kalau siapa perasan,berapa banyak posting aku tentang bisnes ? Macam orang tak buat bisnes kan? Sebab apa ye? Kena baca sampai habis dulu.
2. Dulu aku pun lebih kurang juga macam orang lain yang buat bisnes dan banyak guna medium online. Socmed ni salah satu medium yang digunakan. Dulu2 pun aku ada je post pasal bisnes dan buat marketing kat fb ni.
3. Waktu aku nak naikkan bisnes aku sendiri dulu,aku memang berniat nak bina semuanya cepat2,supaya aku juga boleh tinggalkan bisnes cepat2. Tinggalkan bisnes cepat2?
Bukanlah seperti yang difikirkan,tapi maksud aku,ada team yang handle kan bagi pihak aku. Aku tak nak bisnes ni melekat pada badan aku dan kena aku je muncul. Sampai bila? Waktu sihat bolehlah. Kalau aku sakit,aku tak muncul,bisnes mati? Tak nak lah macam tu. Biarlah bisnes tu boleh bergerak walaupun kita tiada. Contoh macam setengah brand tu,sampai sekarang kita tak tahu siapa owner kan? Elok je bertahan.
4. Aku tak nak selamanya terikat dengan bisnes,sebab aku juga ada passion dan impian2 yang lain, yang aku nak buat. Tapi setiap kali aku nak slow down,setiap kali itulah ada penghalang. Penghalangnya bukan apa pun,tapi bisnes itu sendiri masih memerlukan dan memanggil2 aku.
5. Jadi aku terus fokus membangunkan team HQ dan team usahawan aku supaya diorang ada kekuatan tersendiri untuk terus bertahan. Benda2 ni agak komplikated dan aku tak pernah share pun apa aku buat. Bukan kedekut ilmu ke apa,memang aku tak sempat pun.
6. Kerja2 belakang tabir aku sangat banyak dan sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan juga. Barulah aku faham,kenapa ada orang yang memang tak sempat update socmed tapi bisnes dia ok je. Tak semua orang gunakan socmed untuk buat sales. Kena faham tu.
7. Dan bukan semua orang suka menonjol. Macam aku sendiri tak suka brand atau bisnes melekat kat badan aku. Aku tonjolkan produk dan team aku ke depan,biar orang kenal produk atau kenal mereka,tak penting pun untuk aku dikenali. Dalam masa yang sama,aku tak nafikan,adalah bonus kalau orang kenal kau,orang akan suka kau dan beli sebab trust kat kau. Tak salah. Aku je tak sempat nak fokus buat benda ni. Dan bukan jiwa aku sangat nak buat apa yang dikatakan sebagai personal branding tu.
8. Lama juga aku stuck kat sini sebab guru2 banyak mengajar personal branding. Dan banyak juga pantang larang seperti jangan ulas isu sensitif dan elakkan dari post yang akan dikecam. Aku rasa tak dapat jadi diri sendiri.
9. Jadi aku tak dapat nak menulis betul2 benda yang aku rasa nak tulis. Sebab ada benda yang aku tak boleh nak share,kena jaga reputasi orang bisnes kata guru2.
10. Sehinggalah akhirnya aku sedar,aku tak mampu nak berdiam lagi,biarlah apa orang nak kata,aku terus menulis isu yang mungkin sensitif bagi setengah orang. Aku rasa bersalah jika diam. Sejak itu aku menjadi diri sendiri,dan pernah sahaja aku kehilangan kawan,kenalan online dan followers akibat tak sependapat. Tapi aku dah sampai tahap tak kisah,sebab aku rasa lagi bersalah jika aku diam.
11. Ok,berbalik pada isu tadi. Sesuai ke perempuan jadi leader dan kena usaha mencari duit? Tak salah bagi aku. Asalkan niat tu betul. Niat mencari rezeki yang halal,untuk digunakan pada jalan2 yang halal. Bukan niat nak tolong suami sangat. Sebab tugas mencari rezeki adalah tugas suami. Kalau tak ada duit sendiri pun suami masih mampu mencari rezeki untuk kita kan?
12. Tapi biasalah perempuan,ada nafsu nak itu nak ini. Sebab itu tak cukup. Memang perempuan ni patut duduk rumah sahaja jaga anak dan uruskan rumahtangga. Tapi akibat sistem yang ada hari ini,tak semua perempuan mampu duduk rumah sahaja. Bukan salah mereka. Ada ibu tunggal,ada yang suami mereka berpendapatan rendah memang tak cukup,jadi bukan semua kerja saja2. Kita tak duduk kasut mereka.
13. Cuma dalam duk berbisnes tu,janganlah pandang rendah jika pendapatan pasangan lebih rendah dari kita. Janganlah sombong dan ego pula.
14. Dalam kes aku,kami berbisnes sama2. Mungkin orang lebih nampak aku kat socmed berbanding dia. Sebab dia kurang update socmed. Hakikatnya kami buat kerja sama2.
15. Sampai satu masa aku rasa penat dan lelah,sebab aku juga nak fokus pada anak2 dan benda2 lain yang aku nak buat.Tak dinafikan kadang ada masa sibuk,tak sempat nak luangkan masa dengan anak betul2.
Walaupun bila dah reda,aku luangkan masa berkualiti dengan anak,tapi daily tu yang kadang ada hari kena skip tak sempat bersama mereka sangat.
16. Beberapa tahun lepas aku cakap dengan suami,dah tiba masa aku pass banyak benda kat dia. Jika sebelum ni dia banyak fokus hal production,warehouse dan logistik,aku minta dia libatkan diri dengan hal2 operation dengan lebih banyak supaya aku tak sibuk sangat.
17. Aku juga cakap aku nak jadi surirumah je dan buat bisnes dari rumah mengikut masa aku. Jadi lebih fleksibel.
18. Sedar tak sedar rupanya dah 6 tahun aku jadi surirumah walaupun bukan sepenuh masa,sebab di rumah aku masih lagi buat kerja2 untuk bisnes. Tapi tak adalah aku tetapkan masa kerja aku 8-5. Fleksibel. Aku boleh kerja di mana2 sahaja dan bila2. Selebihnya team yang aku dah latih yang uruskan bisnes. Aku guna remote control sahaja. Orang kata bisnes dah autopilot,yes,tapi bukan 100% lagi. At least 90% tu macam dah capai.
19. Alhamdulillah,impian aku dulu yang bila umur 40-an nak banyak duk atas sejadah tercapai sebelum umur tu sampai lagi. Tapi bila ada masa terluang aku tanya diri aku,apa manfaat yang aku boleh bagi pada orang lain?
20. Aku mula rasa ada lompong. Sebab lepas tolak rutin harian,aku masih ada sedikit masa extra. Kalau dulu aku selalu luangkan masa buat kelas,sharing dan berkomunikasi dengan team,bila aku kurangkan rasa macam ada yang tak kena.
21. Kebetulan masa tu usahawan2 di bawah bimbingan aku sedang rancak berbisnes dan bina empayar masing2. Macam mana aku nak tinggal? Tak sampai hati aku. Aku rasa macam selfish je kalau biarkan diorang terkontang-kanting disebabkan aku dah capai apa yang aku nak. Why not aku tak bantu je mereka sampai mereka pun dapat apa yang mereka nak?
Satu lagi aku rasa aku rugi tak manfaatkan ladang pahala yang satu ni. Aku bantu mak2 ni buat bisnes dan mereka boleh berkongsi rezeki dengan keluarga mereka. Bayangkan asbab kau mereka boleh bayar zakat,boleh bersedekah dan macam2 lagi. Aku galakkan mereka libatkan pasangan sama2 dalam bisnes. Alhamdulillah,team aku majoriti macam aku juga,buat bisnes dengan suami atau setidaknya suami ada support sekali.
Aku selalu pesan,apa2 dapatkan izin suami dan redha suami. Kalau tak berjaya,susah nak pergi jauh.
22. Aku kena terus berkongsi ilmu dan kepakaran sebab ini juga satu perjuangan dan jihad ekonomi.
Inilah yang tercetus dalam hati aku waktu tu. Aku pun nekad untuk terus sumbangkan kemahiran dan kepakaran yang aku ada untuk terus membantu insan2 lain. Aku cuba ingat balik,bisnes itu sendiri adalah ibadah,malah sunnah nabi,jadi why aku nak slow down terus?
Sedangkan ada hadis nabi Muhammad SAW yang berbunyi ;
“Jika terjadi hari kiamat sementara di tangan salah seorang dari kamu ada sebiji benih tanaman, maka jika dia mampu sebelum terjadi hari kiamat untuk menanamnya maka tanamlah.”
Riwayat Ahmad (3/183), al-Tayalisi dalam Musnadnya (2068) dan al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (479)
Imam al-‘Aini ketika menjelaskan faedah daripada hadith ini, antara lain menyebut bahawa padanya terdapat keutamaan mencari rezeki dengan tangan sendiri. (أفضلية الكسب باليد). (Lihat Umdah al-Qari, 12/155)
23. Jadi aku berubah fikiran untuk terus sebarkan ilmu dan manfaat selagi ada daya,tapi dengan cara aku sendiri dan lebih fleksibel mengikut masa aku. Dan tiba masa,team usahawan aku ramai yang boleh berdikari,aku dah makin kurang sibuk. Lalu aku giatkan lagi kerja sebagai aktivis bebas dan terlibat dengan beberapa NGO sehinggalah ada satu NGO yang aku dan kawan2 tubuhkan bersama. Memang ianya bukan untuk keuntungan sebaliknya memperjuangkan isu yang agak kurang mendapat kesedaran masyarakat. Di sinilah passion baru aku. Dalam memberikan kesedaran pada masyarakat tentang hak mereka dan info2 kebenaran yang selama ini tersembunyi.
Aku juga passion dalam membantu orang lain yang nak kurus dan sihat. Aku buat sharing percuma je tanpa bayaran. Seronok aku bila mereka yang buat apa yang aku ajar kongsikan kejayaan mereka mendapat berat ideal dan reverse macam2 penyakit. Selain itu aku juga ada group remedi alternatif di mana aku banyak berkongsi cara2 untuk sihat tanpa ubat dengan pelbagai cara yang lebih selamat.
24. Bisnes berjalan macam biasa.
Dalam masa yang sama aku berasa semakin lega sebab suami dah take over lebih banyak benda. Kepala aku pun lebih ringan.
25. Satu lagi yang mungkin ramai tak nak buat ialah serahkan hal urusan duit pada suami. Benda ni aku dah buat lama dah,masa kerja lagi. Kad aku pun aku bagi dia pegang sebab aku malas pegang kadang. Urusan duit dalam company pun aku minta dia yang tengok2 kan sebab aku malas. Aku tengok kadang2 je.
26. Alhamdulillah aku rasa lebih tenang sebab apa2 aku letakkan suami di atas. Dalam company pun jawatan suami lagi tinggi ,aku di bawah dia. Jadi nak buat apa2 keputusan memang kami akan berbincang dulu. Tipulah tak ada gaduh2 ke apa. Nama pun manusia. Biasalah tu. Tapi kena pandai tukar2 wataklah. Sekejap jadi partner bisnes,sekejap jadi suami isteri,sekejap jadi kawan,serba boleh. Hehe
27. Selepas berkahwin,aku dah tak ada kawan sangat. Kawan aku adalah suami dan anak2. Suami pula dari dulu jenis suka bawa sendiri aku ke mana2. Pergi mana2 kena dengan dia. Kecuali dia ada hal baru dia suruh aku pergi dengan orang lain. Aku pun dah terbiasa macam tu,ke mana2 ditemani dia. Bodyguard aku ni sentiasa ada di sisi. 😅
Bukan aku tak ada kawan langsung. Adalah beberapa orang yang aku boleh anggap kawan,itu pun kami jarang jumpa. Dunia aku banyak dengan family sendiri.
28. Walaupun aku pernah terlepas moment dengan anak2 dulu,tapi tidak lagi selepas aku dah kerja dari rumah. Sambil buat kerja pun boleh lagi tengok2 dan borak dengan anak. Tambahan mereka juga dah boleh membantu aku dan suami dalam uruskan bisnes.
29. Kami mula beri pendedahan pada mereka tentang bisnes sejak kecil lagi. Bila kami berbincang pasal bisnes,kami bagi mereka dengar sekali supaya mereka tahu apa yang berlaku. Anak2 adalah harapan kami untuk menyambung legasi yang telah dibina ini.
30. Jadi kesimpulannya tak salah perempuan nak ada duit sendiri,asalkan :
1. Lepas ada duit jangan sibuk nak jadi ketua keluarga melainkan memang perlu (cth suami dah meninggal,tak bertanggungjawab,sakit dan sebagainya)
2. Jangan nak berlagak dan sombong,gaya pun dah lain,cara percakapan pun dah berubah sebab rasa hebat
3. Tak kisah konon jika ditinggalkan sebab dah ada duit (melainkan suami memang jenis tak guna)
4. Jangan pandang rendah pada suami sekiranya dia masih bekerja dan berpendapatan rendah dan janganlah kedekut serta berkira.
5. Jangan terlalu nak fikir masa depan sampai cinta dunia dan cinta harta berlebihan.
Itu je la perkongsian untuk hari ni. Aku yakin korang pun ada pandangan atau pendapat korang. Tak apa berbeza,asalkan saling hormat-menghormati.
Semoga bermanfaat.
Nor Fazilah Abd Mohd @ Nfam

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply