Dengar je dah boleh rentas daerah/negeri semua ni, kita pun pecut ke JB.
JB ni dekat je.
Janda Baik Bentong. Hehe
Lama dah nak repeat. Jadi bila ada peluang sebelum bersesak dengan orang ramai, kita datang dulu la.
Pengalaman sebelum ni ramai sangat orang sampai nak kena tunggu tempat duduk. Padahal dah tambah meja kerusi semua. Tetap penuh.
Insyaallah mereka tengah upgrade tempat, makin lawa nampaknya.
Hari ni alhamdulillah, dapat ruang dan boleh duduk dengan selesa sebab tak crowded.
Saya ni tak boleh minum kopi sebab jadi debar, susah nak tidur dan bila malam mata jadi keras. Tapi kopi sini saya berani nak cuba.
Bolehlah lepaskan geram sebab sebenarnya suka bau kopi tapi tak boleh minum. Sebab tu kita jadi penggemar coklat.
Dah berumur ni lebih suka dark chocolate, yang pahit tu kadang rasa choc dia. Yang penting kurang manis.
Sesekali layan juga yang manis. Buat hilang teringin. 😁
Hari ni kat sini bawak mak sekali dengan Nurul Sharina.
Saya cuba nasi kerabu dia, sedap. Menu lain kami makan hari ni roti goyang tu wajib la kan. Gabungan kaya dan telur tu memang kena, tak manis sangat dan tak muak.
Orang lain makan nasi lemak biasa dan nasi lemak paru.
Killer dia kopi dia la kan. Fresh dari ladang belakang kedai gitu. Tak manis langsung. Light je rasa dia.
Bayangkan minum kopi berdekatan ladang kopi, ala – ala minum teh di Cameron Highlands gitu.
Wajib try nanti.
Restoran Kopi Ladang, Janda Baik.
Oh ye, selepas ke sini kami ke Mak Long Kitchen. Kat sini korang boleh cuba sarapan klasik macam lempeng dia yang sedap tu, nasi goreng macam orang tua kita goreng, kuih tradisi dan lauk – pauk kampung. Marvelous.
Nak cuba makan tengahari pun sesuai sangat. Lauk – pauknya membuka selera.