Kejayaan sebenar dalam bisnes tak perlukan wayang-wayang yang menipu daya.
Berapa banyak owner bisnes yang sebenarnya sedang down sebab bisnes jatuh/sales tinggi untung sikit, dan pelbagai masalah tapi cover dengan wayang majlis gah anugerah, jual nama orang, makan tempat mewah, jumpa orang besar, meeting sana sini.
Kita dalam industri sama, pusing – pusing cerita sampai juga walaupun tak suka nak ambil tahu. Biasalah bila jumpa-jumpa kan orang dalam industri.
Tak semua. Ada yang walk the talk.
Kalau bisnes betul-betul ok then dapat anugerah bagai tu, memangĀ terbaik. Alhamdulillah.
Tapi tolonglah jangan tutup bangkai gajah, lama-lama akan terdedah juga.
Baikilah apa yang patut.Masih belum terlambat. Terimalah hakikat. Cukuplah berwayang.
Sebagai orang yang sama bidang, saya doakan kalian sedar siapa yang patut kita rapat dan siapa patut kita jauhi. Belajarlah dari mereka yang terdahulu.
Yang mana baik dengan saya memang saya beri amaran. Yang sombong atau yang tak berapa kenal tu maaflah tak dapat nak menolong. Huhu.
Nfam,
Dunia dipenuhi manusia yang suka hype.