Skip to main content
Cerita Bisnes

Express Your Online Business

By September 24, 2018No Comments

GERGASI KURIER BARU MUNCUL DI MASA YANG TEPAT?

Setiap kali datang sini mesti suka perhati premis ni. Seolah dirancang, kehadirannya seperti tepat pada masa. Di saat kurier yang femes dilanda kontroversi dan pelbagai isu seperti kelewatan, barang rosak, hilang barang dan sebagainya.

Di Bentong ada, pergi Raub pun ada.Pergi mana-mana pun ada. Memang bukan modal kecik punya projek ni. Pasti syarikat ni dah bersedia lebih awal lagi dan pasang kubu seluruh Malaysia. Walaupun belum buka, staf dah ada siap-siap. Maka mereka telah menarik orang yang mula bertanya. Database disimpan sehinggalah mereka beroperasi, nah, dapat call dari mereka membuat promosi.

Buat masa ni belum sempat buat perbandingan harga, tetapi dari nilai tambah yang lain memang power. Beroperasi 365 hari, sehingga malam,lebih berat lebih murah, dan ada rebet bagai. USP dan UVP nampak kuat.

Tagline pun jelas sangat, “Express Your Online Business “. Mereka memang target orang yang buat bisnes online. Yang mana sekarang semuanya perlu segera dan pantas. Kagum dengan idea dan betapa mereka pandai mengambil peluang.

Nampaknya kurier femes dah terima persaingan. Jika terus selesa, dan tak buat apa-apa, pelanggan akan lari.

Saya belajar sesuatu dari pemerhatian ini. Stabil macam mana pun kita nampak sesebuah bisnes tu, tetap tak menjamin apa-apa. Bila-bila masa boleh jatuh.

Jadi, sentiasalah bersedia dan peka dengan keperluan pasaran.

J&T Express

#BukanPaidReview 

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply