Skip to main content

Farmasi di China: Integrasi Ubat Moden & Herba, Malaysia Mula Mengikut Jejak

 

Masa travel ke China dulu, saya dan suami sangat terkejut apabila masuk ke farmasi mereka. Ubat moden hanya berada di satu sudut kecil, manakala selebihnya dipenuhi dengan produk berasaskan herba dan natural.

Rupanya di sana, rawatan alternatif dan moden memang berjalan seiring. Mereka masih mengutamakan ikhtiar cara lama tetapi tetap diimbangi dengan rawatan moden.

Di Malaysia, saya nampak trend yang sama mula berlaku. Semakin banyak farmasi mula mempelbagaikan pilihan untuk pelanggan. Tahniah!

Inilah yang sepatutnya berlaku: farmasi menjadi tempat memudahkan pelanggan mencari penawar yang sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka.

Yang berusaha ke arah ini, kita patut sokong. Mari kita support farmasi yang memberikan pilihan sebegini.

Di China, Traditional Chinese Medicine (TCM) memang sebahagian daripada sistem kesihatan rasmi. Sebab itulah farmasi mereka biasa menyediakan formula herba di samping ubat moden. Malah, WHO sendiri sudah mengeluarkan strategi integrasi perubatan tradisional yang selamat dan berasaskan bukti.

Malaysia juga sudah mula bergerak ke arah ini melalui Akta Perubatan Tradisional & Komplementari 2016 (Akta 775) yang berkuat kuasa penuh mulai Ogos 2024.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai banyak unit dan bahagian. Setakat ini, bahagian yang menguruskan hal berkaitan perubatan tradisional dan komplementari masih mudah berurusan serta bekerjasama dengan pengeluar dan pengilang dengan baik. Tahniah diucapkan! Cuma ada beberapa prosedur yang boleh ditambah baik.

Panduan Untuk Pengguna

 

Untuk pengguna, jika ingin membeli produk herba atau natural di farmasi yang ada tuntutan (claim), pastikan:

  • Ada nombor pendaftaran MAL

  • Ada Hologram Meditag (tanda produk berdaftar dengan NPRA)

 

Tahniah buat farmasi yang membuka ruang pilihan kepada pengguna. Asalkan ada kawalan, pelanggan boleh yakin dan selamat.

Ringkasnya: farmasi moden + alternatif = mesra pelanggan + bijak kesihatan.

Kita support, insyaAllah.


Sumber Artikel

  • Pengalaman peribadi penulis semasa melawat farmasi di China.

  • WHO Traditional Medicine Strategy.

  • Akta Perubatan Tradisional & Komplementari 2016 (Akta 775), Malaysia.

  • Garis panduan NPRA berkaitan pendaftaran produk.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply