Setiap kali isu vaksin dibangkitkan, ada satu soalan yang selalu menjadi penyelamat pihak tertentu:

“Vaksin ini HALAL ke tidak?”

Dan jawapan itu biasanya dijawab dengan satu logo, satu kenyataan mufti, atau satu ayat standard:

  • “Vaksin ini wajib ambil.”

  • “Ulama dah sepakat harus.”

 

Tetapi persoalannya, adakah “harus” atau “wajib” oleh mufti akhir zaman itu (yang mungkin bukan berpandukan ajaran Islam sebenar) sudah cukup sebagai alasan untuk kita menerima vaksin tanpa soal?


1. Islam Tidak Suruh Telan Semua Yang Dikatakan Halal, Tetapi Suruh Tinggalkan Yang Meragukan

 

“Tinggalkanlah perkara yang meragukan kepada perkara yang tidak meragukan.”
(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Dalam Islam:

  • Halal belum tentu wajib

  • Harus tidak semestinya perlu

  • Dan yang meragukan, WAJIB ditinggalkan

 

Jika sesuatu produk menjadi perdebatan antara doktor, ulama, saintis, mangsa, dan data kesan sampingan, itu namanya meragukan.
Orang Islam sejati dan Mukmin pasti akan meninggalkannya.

Persoalannya:
Kenapa umat Islam masih ambil mudah soal ini?


2. Apa Yang Meragukan Sangat Tentang Vaksin?

 

(a) Kandungan vaksin bukan biasa-biasa

Beberapa bahan yang terkandung dalam vaksin:

  • DNA janin manusia (HEK-293)

  • Gelatin babi (dalam sesetengah vaksin seperti MMR)

  • Aluminium (neurotoxin)

  • Polysorbate 80 (gangguan hormon)

  • Formaldehyde (pengawet mayat)

  • Logam berat: Thimerosal (merkuri organik)

  • Pelbagai virus yang dikatakan “dilemahkan”, tetapi selepas disuntik, ia boleh mencetuskan pelbagai jangkitan kuman pada anak-anak

 

Kemudian, ramai ibu bapa hairan:
“Macam mana anak boleh dapat jangkitan kuman?”
Sedangkan kuman itu telah dimasukkan sendiri ke dalam tubuh melalui vaksin.


(b) Vaksin tidak melalui kajian jangka panjang yang telus

 

  • Tiada ujian berbanding placebo garam biasa.

  • Kebanyakan kajian guna vaksin lain sebagai “placebo”.

  • Tempoh kajian keselamatan kadang-kadang hanya beberapa hari hingga beberapa minggu sahaja.


(c) Banyak kes AEFI & kematian tidak dilapor dengan telus

 

AEFI (Adverse Event Following Immunization) = Kesan sampingan selepas vaksinasi.

  • Banyak kes AEFI “dimatikan” dengan istilah:
    “Kebetulan. Tak dapat dibuktikan.”

  • Statistik rasmi kelihatan rendah kerana kebanyakan laporan awal ditolak dan tidak diterima.


(d) Data antarabangsa membuktikan AEFI itu benar

 

Sistem laporan antarabangsa menunjukkan ribuan kes cedera, cacat, dan kematian selepas vaksin, antaranya:

  • VAERS (USA)

  • EudraVigilance (EU)

  • NPRA (Malaysia)


3. Soalan Yang Lebih Penting Dari “Halal”: Adakah Selamat?

 

Persoalan sebenar bukan hanya “halal ke tidak”, tetapi:
Adakah vaksin ini selamat?

Dan kalau tidak selamat, kenapa perlu ambil risiko terhadap kesihatan dan nyawa anak-anak kita?


4. Menurut Maqasid Syariah, Menjaga Nyawa (Hifz al-Nafs) Lebih Utama Daripada Menjaga Syi’ar

 

Jika sesuatu perkara:

  • Bukan fardhu

  • Berisiko besar membawa mudarat

  • Sudah terbukti mendatangkan kematian dan kecacatan

 

Maka ia bukan lagi keutamaan.
Bahkan, boleh jadi haram jika ia mengancam nyawa.

Kalau kita sanggup meninggalkan khinzir kerana haram,
kenapa tidak meninggalkan vaksin yang boleh merosakkan nyawa?


5. Berapa Ramai Lagi Yang Perlu Jadi Mangsa Baru Nak Dikaji Semula?

 

Beberapa persoalan besar:

  • Berapa ramai anak menjadi autism dan alami masalah saraf selepas vaksinasi?

  • Berapa ramai bayi lumpuh, sawan, koma dan jatuh sakit serius tetapi disenyapkan?

  • Berapa ramai ibu bapa menyesal tetapi disuruh “redha”?

 

Adakah nyawa mereka tiada nilai hanya kerana vaksin itu “dikatakan halal”?


6. Cukuplah Dengan Hujah “Ulama Dah Kata Harus”

 

Contoh perbandingan mudah:

  • Ulama kata rokok haram → Kita takkan sanggup bagi anak sendiri hisap rokok.

  • Ulama kata saham judi haram → Kita pasti jauhi.

 

Tapi kenapa bila vaksin meragukan, kita tidak tinggalkan juga?


7. Pilihan Kita Akan Dipersoalkan

 

Jika kita tahu vaksin berisiko tetapi tetap memberikannya:

  • Adakah kita yakin kita sudah jalankan amanah menjaga nyawa anak-anak dengan betul?

 

Jika kita tahu ramai yang sudah menjadi mangsa tetapi masih mempromosikan vaksin:

  • Adakah kita sanggup menjawab di hadapan Allah di akhirat kelak?


8. Halal Belum Tentu Selamat

 

Kesimpulannya:

  • Selamat adalah syarat utama dalam menjaga nyawa.

  • Menjaga nyawa (Hifz al-Nafs) adalah tanggungjawab besar yang tidak boleh digadai atas alasan “ikut arahan”.

 

Sekarang, tepuk dada, tanyalah iman:
Adakah kita di pihak yang menolak vaksin atau masih menerima walaupun sudah banyak maklumat terbentang di depan mata?

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply