Lupa nak share rupanya.
Sebagai kenangan.
Satu-satunya anak yang dilahirkan melalui ceaser. Anak bongsu merangkap anak keenam.
Emergency ceaser pulak tu. Sebab baby keluar tangan dulu. Jalan dah buka 8cm tapi tak rasa apa pun, sakit tak kuat dan duk sembang lagi dengan encik suami.
Bila doktor cakap ” emergency czer, dah tak boleh tunggu.”
Masa tu tiba-tiba rasa kelam. Rasa down gila, terkejut, terkesima, dan tak tau nak cakap macam mana. Akhirnya pasrah je walaupun hati dah rasa macam-macam.
Diam je la biar je orang buat apa.
Lepas tolak ke bilik pembedahan, kena cucuk belakang tu,tak sedar apa dah.
Sedar – sedar encik suami dah iqamahkan baby.
Pernah tanya doktor, kenapa saya czer tak sedar apa. Tengok orang lain siap boleh berjaga dan rasa baby kena tarik dari perut.
Dia pun semak doktor mana biuskan saya.
“Oh, doktor *** ni. Dia memang suka patient dia tak sedar. Biar rehat.
Padahal bius separuh. Adalah tu hikmahnya kan. Maklumlah masa tu dah tengah stress. Kalau sedar lagi stress kot.
Apa pun bersyukur baby selamat lahir.
Bermulalah pantang kali pertama dengan kelahiran czer.
Siksanya Tuhan je tahu. Dengan tidur tegak sebulan lebih, nak bangun sakit, hujung jahitan pun terasa bisa dan rasa macam anggota dalam badan nak terkeluar je. Bila nak batuk dan bersin pun sanggup tahan.
Diuji pula baby minum susu sebelah sahaja. Sebelah kanan langsung tak nak. Allah.
Tapi saya tak putus asa. Mujur mesin Medela ada lagi. Terpaksalah perah sebelah kanan selepas baby minum sebelah kiri.
Begitulah setiap hari sampai baby dah sebulan lebih, ditakdirkan satu hari tu cuba bagi sebelah kanan, alhamdulillah dia dah boleh minum. Lega dah boleh simpan semula Medela, tak perlu dah berjaga dan guna setiap 2-3 jam sekali.
Dalam pantang lagi baby jenis mudah terkejut. Macam trauma pun ada, mungkin masa bersalin tu kot. Ada kesan kat tengah dahi warna merah. Lama juga kesan tu nak hilang.
Baby Surfina, satu hari akan terbaca post ni. Saya nak dia tahu betapa susahnya saya melahirkan dia. Belum cerita masa mengandung lagi.
Ketahuilah mak dan wapa sayang baby dan semua abang kakak tanpa berbelah bahagi.
Semoga dia menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. 🌹
Memandangkan memang dah yakin ni baby terakhir kami, saya merancang majlis ni. Lagipun lepas buat bisnes Asmak ni baby pertama saya. Nak raikan dengan stokis yang dapat hadir. Nak ajak lebih ramai tapi sebab PKP kita buat sederhana sahaja.
Kegembiraan untuk dikongsi. Saja buat goodies lebih untuk diberikan pada yang tak dapat hadir terutamanya yang berjuang follow training online dari HQ.