Untuk bacaan Muslim sahaja. Ramai pada hari ini, Islam pada nama. Islam kulit. Tapi jauhnya dari agama.
Adab ke laut. Biadap dengan orang.
Kita ada isu lain yang lebih besar tapi dalam masa yang sama jelas agama pada hari ini hanya dijadikan hiasan di ic dan pakaian. Akhlak pun tak ada.
Perangai dan bahasa tak seperti orang Islam.
Hedonisme menguasai masyarakat. Bila ada orang tulis tentang A, mereka faham C, kemudian meroyan.
Sebab tu dalam Islam, ayat pertama turun adalah Iqra (bacalah).
Ini dahlah tak nak baca, tak nak faham, tapi bodoh sombong dan membodohkan orang lain.
Sungguh memalukan.
Semoga yang mana di jalan yang lurus dapat meneruskan jihad dan amar makruf, nahi mungkar.



