Skip to main content
Kisah Inspirasi

Hidup harmoni berbilang kaum

By September 20, 2018August 19th, 2019No Comments

Naik motor dengan en suami ke rumah comel kami. Dulu kami sewa rumah comel sebab buat stor. Masa tu meniaga online dari rumah. Ruang tak cukup, jadi kena sewa.Sesekali nak ambil angin atau relaks datang duk sini.

Eh, sebenarnya nak cerita.Masa lalu dekat kawasan rumah orang Cina tadi, tiba-tiba pula anjing mengamuk beramai-ramai sampai terpaksa berhentikan motor. Lalu saya teringat yang en suami pernah jatuh motor sini sebab terlanggar anjing yang merempuh dia sebab bergaduh.

Tadi ada seekor yang dah datang menghampiri kami dan menyalak.Memang cuak habis dah, cuma ingat pesan en suami je, anjing ni kalau kita lari lagi dia kejar, jadi berhenti dan sergah dia balik.

Tak jauh dari situ ada kedai makan dan masih ramai uncle Cina tengah duduk situ. Melihat kami yang dah berhenti dan saya yang ketakutan ada seorang uncle tu datang dan halau anjing tu. Dia cakap “jangan takut”

Masa tu baru je nak membebel nak sebut “kenapala diorang ni bela anjing…bla..bla..bla ”

Mujur tak keluar sebab uncle tu baik sangat tolong kami.

Itu yang best dekat sini, walaupun berbilang kaum tapi kami hidup harmoni. Di kampung kami ada semua kaum dan juga penduduk yang berasal dari semua negeri di Malaysia. Kami hidup aman damai.

Tak ada masa nak sibuk hal-hal yang memburukkan lagi perpaduan. Mereka pun manusia juga.

Kadang malu sebab kita ni Islam tapi kurang berdakwah. Paling teruk kurang berdakwah dan racist.Orang racist ni pada dia bangsa dia la yang paling mulia. Dalam tak sedar dia bongkak sebenarnya. Langsung tak respect orang racist ni, tak kira siapa dia.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply