Tentang Hijrah: Imuniti Semulajadi Ciptaan Tuhan vs Imuniti Palsu Ciptaan Manusia
1
Aku pernah sahaja menjalani rutin sama seperti ibu-ibu lain di luar sana. Sebaik dapat anak, kita biarkan sahaja apa jua dilakukan pada anak suci yang baru lahir nak kenal dunia.
2
Bayi yang baru lahir itu fragile, tetapi dikurniakan Allah dengan imuniti semulajadi yang hebat. Malangnya mereka disumbat pelbagai suntikan yang mengandungi bahan-bahan kotor, logam berbahaya, kuman-kuman ciptaan manusia yang memudaratkan serta sel-sel binatang seperti babi, anjing dan monyet. Ini melemahkan lagi imuniti mereka serta menjadi penyumbang pada penyakit-penyakit mereka kemudian hari.
Ya, ada juga faktor lain seperti persekitaran, genetik, pemakanan dan lain-lain, tetapi vaksin juga salah satu penyebabnya.
3
Allahu, kalaulah aku tahu itulah bahan-bahan yang diletakkan dan dapat kesedaran ketika mula-mula jadi ibu dulu, memang taklah aku membenarkannya. Tambahan dulu kita ingatkan benda itu wajib, jadi kita menurut sahaja macam lembu.
Maaf kasar, kalau kau nak terasa, terpulang, sebab aku pun pernah jadi macam lembu, jadi aku sedang mengata diriku sendiri.
4
Kisahnya sebenarnya bermula sewaktu aku sedang mencari info tentang “gentle birth” dan “kelahiran alami”. Pencarian aku ini bermula selepas aku trauma melahirkan anak sulung dalam keadaan yang takkan aku lupakan selamanya. Jadi aku cuba mencari ilmu supaya aku dapat melahirkan anak dengan cara yang lebih baik.
5
Hasil pembacaan aku di group tersebut membawa aku kepada penemuan demi penemuan yang mengejutkan. Dalam group tersebut ada dua golongan, iaitu yang tidak mencucuk anak mereka dan yang mencucuk.
6
Aku cuba mencari info, kenapa mereka tidak mencucuk anak mereka? Persoalan ini membawa aku ke sebuah lagi komuniti ibu-ibu yang tidak mencucuk anak mereka. Dalam itu aku menemui lebih banyak jawapan.
7
Jadi untuk anak kelima, aku bercadang untuk menolak sepenuhnya vaksin bila dia lahir nanti. Aku cuba mencari bahan pembacaan fizikal yang lain tetapi sumber macam tidak banyak.
Tak silap aku bahan bacaan fizikal yang membuka mata aku waktu itu ialah terbitan Hak Pengguna Pulau Pinang (pemiliknya sudah pun meninggal dunia) dan juga buku bertajuk Rasulullah Is My Doctor. Buku lain yang ditulis penulis yang sama iaitu Jerry D Gray ialah Art of Deception, Deadly Mist, Trust No One dan Allah Loves Me.
8
Banyak sangat pendedahan yang beliau buat sebab beliau pernah menjadi tentera US dulu. Beliau pernah diburu sampai pernah dipenjarakan dulu kalau tidak silap. Sekarang aku tak tahu apa perkembangan terkini dia.
9
Aku juga mendapati komuniti tersebut terdiri daripada ramai golongan terpelajar dan profesional sama ada masih berkhidmat atau memilih untuk menjadi suri rumah. Jadi mereka bukanlah calang-calang ya. Aku fikir, pasti ada sebab mereka menolak, dan itulah yang membuatkan aku terus mencari sebabnya.
10
Info demi info yang aku dapat membuatkan aku bertambah nekad untuk menolak suntikan untuk anak kelima aku.
11
Anak kelima aku lahir pada 2014. Aku yang masih belum betul-betul tahu sepenuhnya tentang hak aku, terpaksa melalui prosedur yang rupanya tidak perlu pun.
Masa itu aku memang bersalin di hospital swasta, dan bila balik, misi klinik kesihatan akan datang di rumah dan minta bawa anak ke klinik untuk cucuk. Aku bagitahu aku tak mahu.
12
Mereka kata aku kena jumpa pakar. Aku yang tidak tahu benda ini boleh abaikan sebab tidak menjadi kesalahan pun menolak suntikan – mengikut sahaja. Jadi aku merasalah kena brainwash dengan so called pakar itu.
13
Lepas bersalin di swasta tempoh hari, mereka tidak cakap banyak bila aku kata nak menolak. Hanya beri borang untuk aku isi dan selesai.
Oh ya, vitamin K itu pun boleh tolak ya, benda itu tidak perlu pun sebenarnya untuk bayi kamu yang Allah anugerahkan dengan imuniti semulajadi. Kaji kandungan vitamin K itu dulu sebelum nak mengutuk. Doktor kerja dia merawat orang bukan membancuh vaksin, mereka pun tidak tahu apa sangat melainkan ikut sahaja arahan.
Siapa pernah ikut perkongsian biochemist Malaysia yang pernah kerja dengan syarikat buat vaksin selama 7 tahun itu, fahamlah maksud aku.
14
Hampir 2 jam jugalah aku dengan suami kena brainwash. Tapi aku tetap dengan keputusan aku menolak dan akhirnya pakar tersebut mengalah.
15
Sejak itu aku sudah tidak pergi lagi klinik kesihatan. Aku pantau sendiri perkembangan anak aku. Setakat timbang berat dan tinggi serta perkembangan lain, insyaAllah seorang ibu itu pun boleh buat.
Lagipun tujuan pergi sebenarnya untuk cucuk-cucuk ini, jadi kalau tidak cucuk buat apa nak pergi.
16
Bisnes aku berkaitan dengan produk, jadi aku ada juga baca sedikit perkongsian dari doktor cerpen, sebab aku fikir, pasti ada benda yang baik daripada mereka, tidaklah semuanya mengarut.
Entah macam mana aku termakan dakyah mereka yang masa itu giat berkempen tentang kes Polio di Sabah.
17
Aku macam orang kena pukau, rasa bersalah bila doktor itu fear mongering dengan ayat:
“Ibu-ibu yang tidak mencucuk anak tidak rasa bersalahkah kalau anak dapat sakit Polio?”
Masa itu entah apa yang merasuk aku, pada tahun 2019, ketika anak kelima aku berumur 5 tahun bebas dari sebarang suntikan, aku bawa ke klinik swasta untuk lengkapkan suntikan-suntikan yang dia tidak pernah ambil!
18
Allahu, itulah kesilapan paling bodoh yang paling aku sesali yang telah aku lakukan.
Anak aku yang sihat dan ceria itu terus berubah menjadi anak yang kerap sakit, meragam dan selalu tantrum. Wajahnya yang selalu mengukir senyuman bertukar menjadi seorang yang bengis.
Aku boleh kata kesan pada dia sangat ketara. Dan itulah juga anak yang aku ceritakan sebelum ini merupakan anak ADHD. Kesan cucuk trigger dia lebih cepat dan agresif, sedangkan sebelum itu macam lebih terkawal.
19
Tapi masa itu aku masih belum sedar. Jadi bila aku sedar balik? Masa orang kecoh-kecoh pasal Covid di Wuhan sana. Aku macam tersedar dari mimpi.
Aku sudah nampak masa itu mereka sebenarnya nak memperkenalkan vaksin. Mereka wujudkan ketakutan, dan mereka menawarkan solusi vaksin.
20
Waktu itu anak keenam yang baru lahir pun aku sempat bawa dia cucuk sampai setahun. Jadinya aku patutnya ada 2 dari 6 anak yang tidak cucuk vaksin, malangnya tidak. Semua sudah pernah cucuk.
Jadi aku ini bukanlah anti-vaksin yang berjaya sebenarnya, sebaliknya aku pernah gagal. Gagal dalam melindungi anak-anak aku.
21
Aku rasa bersalah sangat. Aku selalu menangis. Tapi dalam masa yang sama aku jadi benci dan geram dengan mereka yang terlibat dalam agenda ini.
Sebab itu aku nekad untuk menentang golongan ini dengan usaha kecil yang tidak seberapa, sebab siapalah aku.
22
Aku sudah terlepas membuat silap pada anak-anak aku, jadi perjuangan kecil aku adalah untuk anak-anak orang lain.
Pernah sekali aku bagitahu anak aku:
“Mak bersalah sebab pernah benarkan mereka cucuk-cucuk kamu semua. Sekarang mak berjuang kecil-kecil untuk menyelamatkan anak orang lain, mungkin itu boleh kurangkan rasa bersalah dan jadi terapi untuk mak.”
23
Ya, hanya dengan cara ini hati aku berasa lebih lega dan berdamai dengan takdir. Allah gerakkan hati aku untuk terus berkongsi.
Dah berapa kali aku give up, tapi ada sahaja Allah lorongkan hati aku untuk jangan berputus asa lagi. Jadi aku memilih jalan ini, biarpun ramai yang menjauh, membenci serta mengecam aku.
24
Aku sudah merasai kesannya pada anak-anak aku, jadi aku tidak mahu orang lain merasai apa yang aku rasa. Susah, sangat susah.
Mungkin awak tidak rasa terus, macam aku, anak-anak nampak bila mereka semakin membesar. Jadi awak jangan kata “anak saya cucuk, elok sahaja sihat” – belum masanya dia keluar lagi itu.
Tapi kalau betul sihat, semuanya dengan izin Allah. Mana tahu rezeki anak awak dapat banyak vaksin yang placebo.
25
Jadi masa kecoh pasal vaksin Covid, aku mencari info semula. Masa itu aku tepuk dahi.
“Kenapa aku pergi u-turn? Kau dah tolak dari 2012–2013 lagi kot.”
Barulah aku sedar, melalui penulisan pun kita boleh kena pukau. Jadi aku tidak pelik ramai terpesona dengan tulisan doktor-doktor cerpen ini semua, sedangkan aku yang pernah ada kesedaran pun boleh u-turn, inikan pula mereka yang tidak mencari info tentang ini.
Sebab itu aku cuba bersabar dalam menyebarkan kesedaran pasal isu ini. Aku tahu, bukan mudah untuk orang menerima info yang kontra dengan apa yang mereka telah dimomokkan sejak lahir lagi.
26
Dari pembacaan semula aku juga mendapati salah satu kesannya ialah pada masalah saraf. Aku teringat pada anak yang pernah kena masalah saraf masa umur 7 tahun, dan kali terakhir dia kena tidak silap aku masa umur 13–14 macam itu.
Aku pergi tanya dia, masalah itu ada lagi ke. Dia jawab:
“Kalau saya tidak kawal, memang ada mak.”
Lalu dia tunjukkan pada aku macam mana muka dia kalau dia tidak tahan saraf dia dari bergerak-gerak. Allahu, menangis aku dalam hati. Aku tidak mahu nampak lemah depan dia sebab aku nak dia kuat.
27
Apa yang dia alami itu ialah Tourette Syndrome. Tapi syukur dia bukan jenis yang terlalu teruk sampai orang boleh perasan.
Tapi dia akan kena tanpa boleh kawal jika dia stress lama-lama. Jadi aku bagi dia remedi untuk elak stress, ajar dia cara bertenang dan menguruskan emosi. Sampai sekarang aku masih memantau dia.
28
Siapa pernah baca kisah mak aku selepas cucuk satu dos vaksin Covid mungkin masih ingat kisah ini. Aku ringkaskan balik ya.
Kami sekeluarga termasuk satu-satunya adik aku menolak vaksin Covid ini, tetapi mak aku pula teruja nak pergi cucuk. Aku tidak sempat melarang dia betul-betul, jadinya dia terlajak satu dos.
29
Nak tahu apa yang berlaku? Petang itu juga dia rebah. Demam dan batuk berpanjangan siang dan malam hampir dua minggu.
Mak aku kan suka ke hospital, berbeza dengan aku yang suka alternatif. Jadi aku pun lupa entah berapa kali dia keluar masuk hospital sebab sakit itu ini lepas cucuk.
30
Dia memang ada darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang, tetapi lepas cucuk dia dapat penyakit tambahan yang baru.
Aku ingat lagi dia cakap masa nak cucuk itu, dia tanya doktor:
“Saya boleh cucuk ke doktor sebab ada penyakit?”
Doktor jawab:
“Boleh makcik, tak ada masalah.”
Rupanya hati mak aku dah berbelah bahagi sebab teringat aku yang melarang dia cucuk. Tapi sebab dia lebih percayakan doktor, maka dia ikut sahaja.
31
Setahun mak aku menderita dengan pelbagai penyakit baru. Antaranya:
-
Paru-paru berair
-
Masalah jantung lemah
-
Kaki bengkak sebelah macam batu dan bertukar jadi hitam
-
Anxiety
-
Tidak boleh tidur malam
-
Demam dan batuk berpanjangan
-
Masalah mata makin tidak nampak dan ada pendarahan dalam mata
-
Masalah tulang
-
GERD
-
Gastrik
Dan macam-macam lagi.
32
Disebabkan nak yang terbaik untuk mak aku, ada aku bawa dia ke hospital swasta juga sebab dia suka hospital.
Remedi yang aku bagi dia ambil juga walaupun tidak sepenuh hati. Dapat juga membantu dia serba sedikit.
33
Aku habis dekat 6 angka nak bagi mak aku sembuh balik. Setahun kami sekeluarga susah dan perit menguruskan mak yang sakit dan terlantar, pernah pakai pampers berbulan-bulan.
Emosi kami pun tercalar dan rasa letih. Tapi itu adalah tanggungjawab kami sebagai anak. Dan Alhamdulillah, adik, adik ipar, saudara terdekat dan anak-anak banyak membantu.
34
Dalam setahun itu, 3 kali mak aku pernah kritikal dan masuk ICU. Berdebar-debar sahaja kami sepanjang setahun lepas mak cucuk itu. Tidak senang kami dibuatnya dan aku mengurangkan aktiviti yang memerlukan aku keluar.
35
Lepas satu, satu masalah mak aku cuba selesaikan. Kali terakhir yang aku ingat dia kena GERD dan gastrik yang teruk. Dia nak jumpa pakar aku bawa, pakar pun tidak boleh selesaikan masalah dia.
36
Aku cakap pada suami:
“Saya ada satu lagi remedi yang belum bagi kat mak ini. Inilah ikhtiar terakhir yang saya ada. Selebihnya saya berserah pada Allah.”
Masa itu aku cuba reda apa jua yang terjadi.
37
Aku pun bagi remedi itu pada mak dan dia pun tidak cakap banyak, ikut sahaja cara makan yang aku ajar.
Hari ini makan, esoknya mak sudah nampak segar. Biar betul, tetapi itulah yang berlaku.
Benarlah semuanya dengan izin Allah, ikhtiar kita cuma asbab sahaja. Apa pun nak ikhtiar, jangan dengan benda yang memudaratkan.
Berapa ramai sekarang tidak sedar yang mereka sedang berikhtiar dengan benda yang memudaratkan. Mereka tidak membaca kesan sampingan dan kandungan ubat-ubat mereka. Yang mereka tahu, mereka percaya pada pihak yang dianggap ahli dan pakar, itu sahaja. Mereka juga tidak sedar ahli dan pakar itu di bawah siapa, apatah lagi nak kaji sejarah pasal ini.
38
Alhamdulillah mak sembuh dari semua sakit yang dia dapat lepas cucuk, dan yang tinggal ialah penyakit 3 serangkai yang memang dia sudah ada sebelum cucuk lagi.
39
Berakhir penderitaan kami sekeluarga selepas setahun struggle dengan macam-macam ujian waktu mak sakit.
Anak-anak pun sekejap di Bentong, sekejap di Gombak. Mujur anak-anak aku HS, jadi aku tidak terikat dengan sistem persekolahan. Dan aku berkesempatan uruskan apa yang patut untuk mak.
40
Disebabkan aku suka bereksperimen, aku beri remedi tersebut kepada beberapa orang saudara mara sebelah aku dan suami yang sakit selepas cucuk. Alhamdulillah dengan izin Allah mereka pun sembuh.
Aku kata dengan suami:
“Ini bukan kebetulan lagi, tetapi memang remedi ini Allah beri izin jadi asbab kesembuhan.”
Staf-staf aku ada yang dengar cakap aku tidak cucuk, lagi 2–3 orang pergi cucuk. Mereka pun mula sakit-sakit dan asyik lupa sahaja dan kerap tidak sihat. Alhamdulillah lepas ambil remedi itu mereka ok dah.
41
Sebab itu aku faham apa rasanya mereka yang terkesan ini. Masa, tenaga, wang lagi akan habis banyak. Aku tidak mahu ramai yang habis duit macam itu sahaja.
Sebab itu sampai sekarang aku rekomen orang dengan remedi itu. Lagi pula ambil sekali sahaja seumur hidup, tidak perlu ulang-ulang, kos pula hanya RM150.
42
“Alah, dia nak menjual rupanya” – berapa banyak cybertroopers dan pakcik makcik bawang cakap macam ini pada aku.
Eh, ubat yang kau dapat di hospital yang kau ingat percuma itu pun subsidi tahu. Kau sahaja percuma, orang atas dapat kontrak dan untung.
Semua benda ada kos, tetapi bila remedi, nak suruh aku bagi percuma sahaja. Aku serik sudah pernah bagi percuma pada ramai orang, sudahnya berapa orang sahaja makan.
Jadi maaf, sendiri cucuk, sendiri nak sihat, sendiri beli ya.
Sebab aku bukan nak kejar untung ke apa, bisnes sedia ada ini pun Allah bagi rezeki cukup dah Alhamdulillah. Tak kaya pun aku jual remedi itu, lagi aku rugi kadang ada sebab bagi hadiah percuma banyak.
43
Sekarang ini aku cuma nak lebih ramai sihat. Itu sahaja. Aku rasa kepuasan dapat bantu orang.
Sebab aku banyak juga turun ke lapangan jumpa orang sakit ini. Sedih kisah mereka tetapi siapa nak ambil tahu?
Kalau kau nak mengutuk, kau datang jumpa aku dulu. Aku akan bawa kau jumpa mereka yang sakit lepas cucuk. Jadi jangan cakap besar kalau kau masih sihat.
Mungkin nasib kau masih baik. Tapi ramai juga dalam sihat, tiba-tiba meninggal mengejut. Jadi jangan sombong atau riak.
Mati memang semua mati, aku pun akan mati, tetapi aku tidak mahu mati katak sebab tangan aku sendiri biarkan orang cucuk benda memudaratkan. Mudah kan?
44
Sebab itu aku terlibat juga dengan group dan NGO yang memperjuangkan mangsa-mangsa kesan vaksin ini dan mereka yang terjejas serta kena diskriminasi. Banyak kisah yang aku simpan.
Aku juga berada dalam banyak komuniti yang menolak ini dari pelbagai golongan, dari kerajaan (semua kementerian) dan juga swasta. Jadi sumber dan info yang aku dapat sangatlah banyak, tetapi maaflah sebab aku cerita sedikit sahaja.
Di Facebook aku banyak berkias, kalau ada share lebih pun di channel dan group tertutup sahaja. Kalau nak join tengok sahaja di komen.
45
Sekarang kamu tahu kenapa aku tekankan pentingnya kamu menjaga imuniti semulajadi ciptaan Allah berbanding kamu cucuk bukan-bukan untuk imuniti ciptaan yang memudaratkan sebenarnya?
Kaji mendalam sebelum nak mengutuk.
Disclaimer:
Ini adalah kisah dan pengalaman aku sahaja, bukan nasihat kesihatan melainkan sekadar perkongsian. Buatlah kajian anda sendiri, jangan terikut-ikut orang tanpa ilmu.
Nota: Bacaan kali ini sesuai untuk mereka yang bersedia untuk “Unlearn, Relearn and Rethink” sahaja, tidak sesuai untuk geng yang ikut buku teks dan ikut sistem semata.
Semoga bermanfaat.





