Siang sesi homeschooling.
Malam sesi belajar agama pula.
Ini kali pertama dengan Ustaz ni,bermula minggu lepas.
Alhamdulillah rezeki dapat juga selepas sekian lama mencari.
Test 2 kali seminggu.
Tahun depan kena tambah lagi kekerapan.
Ingatkan dengan kita je main. Dengan Ustaz pun mereka boleh buat lawak. Sindrom lama tak jumpa orang luar ke macam mana ni. Adui
Dah pesan minggu ni kalau ada yang buat lawak,siap.
Mujur juga Ustaz ni serius dan jenis fokus. Padan muka anak-anak buat lawak jadi hambar sebab Ustaz memang serius orangnya.