Skip to main content
Kalau ada ramai orang minum racun sebagai ikhtiar lepas tu meninggal mengejut, mula-mula je kesian.
Lama-lama dah tak ada perasaan.
Banyak peringatan diberi sana sini.
Tak sampaikah?
Atau sikap tak suka ambil tahu kebenaran menjadikan manusia benak sehingga mensabotaj diri sendiri. Sikap ambil mudah ini amatlah bahaya.
Kita tak mampu nak selamatkan semua orang.
Siapa yang nak dengar sahaja.
Kita pun belum tentu pengakhiran nanti. Doa yang baik-baik.
Kadang rasa malas buka fb dan telegram. Perkhabaran kematian memenuhi ruangan sana sini. Rancak sekali.
Hidup mesti diteruskan.
Teruskan tabah sahabat sekalian. Ujian ini kita hadapi bersama. 😌
Kita tiada kuasa di dunia tetapi kita ada yang Maha Berkuasa selagi berpegang pada kalam-Nya. Jadi apalah sangat kata-kata orang berkuasa yang kita harapkan memayungi kita. Kepada Dia kita berserah. Tuhan semesta alam.
Berapa lama sangatlah nak berkuasa pun atas muka bumi. Menjawablah di sana nanti.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply