Skip to main content

Dari kecil lagi saya ada satu impian.

Impian untuk travel ke seluruh dunia.

Dan impian itu tak pernah hilang atau berubah.

Saya dilahirkan dalam keluarga susah.Kais pagi makan pagi kasi petang makan petang.

Hidup pula jauh dalam ceruk hutan sampai pernah digelar saudara sebelah arwah ayah -Puci (bermaksud “serangga”). 😅

Faham saja macam mana suasana di Felda yang baru diteroka kan.Masa mula-mula duduk lagilah tak ada elektrik,jalan pun merah je.

Saya suka membaca.Saya meneroka dunia luar dengan membaca.

Walaupun hidup di ceruk,ia tak membataskan pengetahuan saya tentang dunia luar.

Negeri pertama yang saya travel ialah Melaka.Masa tu ikut rombongan sekolah naik bas dan berumur 10 tahun.

Ya Allah, masa tu rasa best betul.
Sampai saya pegang tanah dari Melaka nak bawak balik jadikan kenangan. 🙈

Tapi tak jadi. Saya letak balik. Hehe.

Masa tu mak bekalkan nasi dengan ayam masak kicap. Pertama kali makan masakan mak masa travel.

Dan nak tahu apa?

Sampai sekarang saya ingat rasa ayam masak kicap tu. Dan jadi makanan kesukaan saya air tangan mak.

Kalau rasa lari pun saya boleh tahu, ada bahan tak cukup ni.

Betapa bermaknanya erti percutian.

Ianya jadi memori indah pada diri saya.

Mak ayah tak mampu bawa berjalan,kereta pun tak ada.

Alangkah beruntungnya anak-anak saya sekarang.Kecil-kecil dah merata pergi. Saya pernah rasa cemburu pada anak sendiri.Sebab peluang mereka terlalu banyak.

Tapi dugaan mereka lain gais.

Bila mudah dapat apa yang mereka nak dan menikmati hidup dengan mudah,mereka kurang menghargai.

Benda senang dapat,nak hargai buat apa kan?

Tapi saya sedaya upaya cuba seimbangkan dengan tinggal di rumah yang sangat sederhana,bibik dah tak ada,semua saya ajar mereka buat sendiri.Saya hanya sebagai pemantau,sesekali saya bantu.Saya nak mereka rasa susah.

Nak pergi travel pun saya akan beritahu sebabnya.
Jarang saya travel ke sesuatu tempat tanpa sebab.Saya memang maklumkan siap-siap.

Mereka hanya menumpang aktiviti bisnes maknya. InsyaAllah satu hari saya nak travel tanpa fikirkan langsung tentang bisnes.Buat masa ni saya memang tak boleh berhenti fikirkan untuk bisnes.Ramai yang memerlukan saya lagi -bak kata anak-anak leader.Hehe

Baru-baru ni salah seorang anak request. Boleh tak trip ke Thailand nanti mak jangan pegang handphone buat kerja?

Saya kata,masanya akan tiba.Sabar.

Kadang kita kena berkorban,jangan cepat sangat nak rasa selesa. Bisnes baru nak up,dah lepas kat staf tak nak tengok hp bagai,nak privacy bagai.Dulu pernah ada jenis leader yang tetapkan masa untuk orang boleh hubungi dia.Seriously this is true story.Baru leader ok,belum owner bisnes lagi.

Sorry to say,awal-awal dah gagal sebenarnya bila macam tu.

Jauh sangat dah melencong ni,ok baru nak mula kisah sebenarnya.

Tapi saya dah lupa,saya sambung lain kali. Hehe

Nfam,

Tanya diri kita, apa memori indah yang kita dah beri pada anak-anak untuk mereka kenangkan.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply