Apa yang berlaku sekarang bertentangan dengan ajaran Islam, namun ada manusia yang menyukainya. Mereka ini majoriti yang sedang bersorak atas “kemenangan” mereka melengkapkan “kursus” dan menyebarkan kebencian terhadap golongan minoriti.
Menjawablah di sana nanti bagi mereka yang menyokong keadaan sekarang. Jika golongan minoriti salah, menjawablah juga di sana.
Larangan Memboikot Sesama Muslim
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا وَلَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ
Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kalian saling membenci, janganlah saling mendengki dan janganlah kalian saling membelakangi dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara, dan tidak halal bagi seorang muslim mendiamkan saudaranya melebihi tiga malam.” (HR Bukhari No: 5612) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam melarang sifat saling membenci sesama Muslim.
2. Islam juga melarang sifat saling dengki atau iri hati terhadap kelebihan orang lain
3. Saling membelakangi atau saling bermusuh sesama Muslim adalah dilarang sama sekali
4. Muslim dituntut saling bersaudara dan berkasih sayang
5. Sesama Muslim dilarang tidak bertegur sapa melebihi tiga malam.
6. Tinggalkanlah segala umpat keji, fitnah yang mungkin dilakukan sebelum ini. Jalinkanlah kembali ikatan ukhuwah sesama muslim. Menjaga ukhuwah itu wajib seperti kita menjaga solat dan puasa.
Islam adalah agama RAHMAH, saling berkasih sayang, bukan membenci dan memusuhi.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
Prof Dr Ajmain Safar