Isu Fitnah, Salah Faham dan Kempen Boikot: Penjelasan Saya Mengenai Serangan Siber Terhadap Syarikat Kami
1. Permulaan Isu Fitnah di Threads
Alkisahnya, saya tidak sempat pun menulis hantaran panjang. Namun sudah ada seorang lagi manusia berhati keji sedang membuka ruang fitnah dan berniat jahat bertebaran di Threads.
2. Mengapa Saya Banyak Bersuara Isu Vaksin
Anda semua tahu saya banyak bersuara tentang isu vaksin dan kesedaran berkaitan benda ini sejak lama dahulu. Bila ada platform Threads, saya ke sana untuk meneruskan usaha dakwah dan kesedaran.
3. Akaun Palsu & Gangguan Selama 5 Tahun
Jadi geng akaun palsu yang sudah mengganggu saya selama 5 tahun di sini, turut ikut ke Threads.
Berpuluh-puluh akaun mereka buat untuk fitnah dan burukkan saya.
Kalau hendak cerita apa mereka sudah buat, sampai esok pun tidak habis.
Kawan-kawan saya pun ada yang terkena.
4. Budaya Percaya Bulat-Bulat di Threads
Di Threads, mereka jenis percaya terus apa yang mereka baca. Lalu bertambahlah pembenci (haters) saya di sana.
Tambahan pula, ramai golongan provaksin yang suka mengganggu hantaran-hantaran saya.
Promoter Facebook pun bukan main suka tumpang sekaki.
5. Salah Faham Isu Arif Ditunggang Kebencian
Apabila berlaku kes salah faham melibatkan Arif di Facebook, mereka ambil kesempatan untuk hentam saya habis-habisan.
Kita semua sudah faham Arif ini autisme dan ada masalah komunikasi.
Tetapi orang sekelilingnya di media sosial yang menjadi batu api dan lebih-lebih, sedangkan Arif sendiri sudah buat hantaran untuk hentikan keadaan.
Namun masih ada yang menunggang namanya.
6. Usaha Menjatuhkan Syarikat Saya
Mereka mengutuk jenama di bawah syarikat saya yang mempunyai pasukan sendiri kerana saya sudah lama bekerja di belakang tabir.
Aim mereka jelas: habiskan syarikat dan tutup periuk nasi pasukan saya.
Perangai apa seperti ini?
7. Blok & Hentam Tanpa Berfikir
Malam tadi dia belum menyekat saya. Selepas blok saya, terus dia buat hantaran seperti itu.
8. Kenapa Boikot Syarikat Islam?
Yang patut diboikot ialah syarikat yang berhubung dengan Zion, kepunyaan Issewel.
Tetapi mereka mahu boikot syarikat Islam yang sudah bertahan 10 tahun di pasaran.
Stok pula sekarang makin tidak cukup.
Tetapi jika kempen boikot mereka berjaya, bolehlah kami kecilkan semua benda kembali.
9. Rezeki Ketentuan Allah
Rezeki Allah yang tentukan.
Sejak mereka viralkan, makin ramai pula orang mencari.
Tetapi tidak mustahil jika ramai sertai kempen boikot, ia akan menjejaskan juga.
10. Nama Syarikat Diburukkan, Masa Depan Pasukan Terancam
Kempen seperti ini memburukkan nama syarikat dan saya tidak boleh kompromi kerana syarikat bukan milik saya seorang.
Suami saya orang Melayu asal Kelantan.
Kami berganding bahu bersusah payah membina jenama ini.
Tiba-tiba ada makhluk yang mengaku Islam sedang berusaha menjatuhkan kami.
11. Bukti Selalu Hilang Bila Kita Menegur
Sebelum ini apabila kami bersuara, semua mereka akan padam hantaran dan nyahaktif akaun.
Tetapi kali ini saya perlukan juga maklumat si pemfitnah untuk tindakan seterusnya melalui saluran yang betul.
Jika sesiapa mempunyai maklumat, mohon bantu.
12. Tindakan Undang-Undang Akan Diambil
Saya mahu melawat dengan peguam dan menghantar surat terus.
Siapa suami dia?
Jangan jadi dayus biarkan isteri menjadi pembuli siber dan hina seperti ini.
Mak ayah pun jika tahu pasti malu ada anak begitu.
Saya akan cari sampai dapat.
Jangan pula hendak jadi mangsa kononnya (play victim).
13. Rujukan Hantaran Pemfitnah
• Link post pemfitnah klik di sini

Link post:
https://www.threads.com/@dynazeela/post/DQ0HWxZEg1A…
Link Threads:
https://www.threads.com/@dynazeela?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==





