Skip to main content

Alhamdulillah,selalu dapat rezeki jumpa orang yang baik-baik sepanjang berurusan.

Dalam ramai-ramai tu,normallah kalau jumpa 1% yang tak ok.Takkanlah tak ada langsung jumpa orang yang tak ok kan,menipu namanya.Sebijak mana pun kita pasti akan terkena.Anggaplah itu sebagai ujian dan bersabar.

Bukankah Allah telah bagi kita rezeki berjumpa dengan lebih ramai yang baik-baik?Jadi bersyukurlah.

Tip nak jumpa dengan orang yang baik-baik?

Kita dulu kena jadi baik. Sebab kita akan jumpa dengan orang yang macam kita juga selalunya.Kalau kita baik,yang baiklah akan datang menempel.Jika sebaliknya,maka yang seperti itulah yang akan datang.

Dan macam mana nak urusan kita sentiasa dipermudahkan?

Kita sendiri kena mula dulu memudahkan urusan orang lain.Dari sekecil-kecil hal sampailah yang besar.

1.Bayar bil dan upah orang awal atau tepat pada masa.
2.Usah tangguh hutang(jika ada)
3.Kemas meja makan di kedai selepas makan
4.Bantu mereka yang memerlukan sebelum mereka meminta
5.Beri laluan pada pejalan kaki
6.Tunaikan hajat orang lain
7. Bantu orang lain membina impian mereka
8. Berkongsi ilmu atau kemahiran yang ada
9. Beri sedekah pada yang memerlukan

Banyak lagi kalau nak senarai.

Pokoknya jadilah manusia yang memberi manfaat kepada seberapa ramai manusia.

Hidup bukanlah untuk memikirkan dan mementingkan diri sendiri semata.Tapi cubalah untuk jadi berbeza dan curahkan jasa.

Nfam,
Jadi manusia sahaja tak cukup,jadilah “seseorang”

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply