Skip to main content
Kisah Inspirasi

Kami cuma mahu kehidupan yang lebih baik

Kami cuma mahu mempromosikan kehidupan yang lebih baik

Di saat orang lain menjadi terkenal dan glamour dengan menayang kecantikan mereka,kereta besar mereka,wang yang mereka ada,saya memilih untuk mempromosikan kehidupan yang lebih baik.

Adakah mereka salah?Tidak.

Mereka tidak salah.Mungkin mereka ada sebab tersendiri untuk menunjukkan kemewahan dan harta sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Ia cuma sekadar pilihan sendiri.

Jika materialistik jadi ukuran,sudah pasti ramai yang akan mengikut kita sebab itu.

Jika kita mempamerkan hidup yang biasa-biasa,tetapi menjadi lebih baik,insyaAllah kita dapat menarik seberapa ramai orang yang mahu bersama kita kerana sekadar inginkan kehidupan yang lebih baik.

Sesuatu yang saya perasan dalam jemaah bisnes saya ialah,kami mempunyai perangai dan sikap yang hampir serupa!

Orang seperti kami mungkin tak ramai,tapi ada.Malah orang yang lebih baik pun ramai,yang sangat baik pun ramai.

Persamaan kami,kami biasa-biasa sahaja,tapi semangat kuat dan sentiasa berusaha menjadi lebih baik.

Kami tak bersaing sesama sendiri,sebaliknya menaikkan semangat dan memberi sokongan sesama sendiri. Kami percaya pada konsep rezeki bila banyak memberi.

Oleh itu kualiti lebih penting.

Biarlah jemaah kami belum cecah 5 atau 6 angka,baru 3000 tetapi kami sentiasa bertambah dengan perlahan.

Kami percaya,dengan usaha yang konsisten dan semangat waja,kami akan semakin dikenali.

Sentiasa diterapkan di kalangan jemaah,tak perlu jadi jutawan dan memiliki segalanya untuk berasa bahagia.

Cukuplah jika dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Jika dulu duit sentiasa tak cukup,sekarang berlebih.

Jika dulu tak konsisten hulur pada orang tua,sekarang setiap bulan.

Jika dulu tak boleh nak sedekah kepada yang memerlukan,sekarang dah boleh.

Jika dulu selalu tak cukup masa sebab sibuk memanjang,sekarang dah boleh sebab sudah ada pekerja.

Jika dulu tak mampu nak pergi berjalan dan melancong melihat keindahan alam ciptaan Tuhan,sekarang dah boleh.

Jika dulu tak mampu belikan apa yang anak mahu,sekarang dah boleh.

Jika dulu tak mampu bayar zakat,sekarang dah jadi penyumbang bayaran zakat.

Banyak lagi sebenarnya.

Tak salah meletakkan kayu ukur mempunyai RM1 juta untuk menjadi jutawan,kereta besar untuk lebih keselamatan dan rumah besar untuk keselesaaan,tapi jangan jadikan keutamaan dalam berbisnes.Nak jadikan sebagai penguat semangat tak ada masalah.

Apa yang penting,sentiasa semat dalam hati,inginkan kehidupan yang lebih baik.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply