“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.”
(Ar-Ra’d: 11)

Selepas sekian lama manusia bergantung kepada makhluk, kepada sistem, kepada ubat, kepada data dan statistik, akhirnya ramai yang mula penat.

Kerana semua itu tidak pernah menjanjikan ketenangan.

Maka lahirlah satu golongan kecil bilangannya, tetapi besar jiwanya.

Golongan yang menolak tunduk kepada sistem yang buta, dan kembali tunduk kepada Allah yang Maha Melihat.

Mereka ini bukan anti sains, tetapi meletakkan sains di bawah kuasa Tuhan.

Mereka bukan menolak perubatan, tetapi mengembalikan makna penyembuhan kepada Pencipta.

Dan di situlah Islam yang sebenar mula bersinar semula.

Islam yang bukan pada slogan, tetapi pada keyakinan.

Islam yang bukan sekadar ikut majoriti, tetapi mencari reda Allah walaupun terpaksa berdiri sendirian.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.”
(Ar-Ra’d: 11)

Maka kebangkitan itu bukan datang daripada sistem, tetapi daripada jiwa yang mula mengenal Tuhannya semula.

Dunia sedang kembali mencari Tuhan.

Dan sesiapa yang masih leka dengan “pakar” dan “protokol” akan tertinggal di belakang zaman.

Kerana zaman ini bukan lagi tentang siapa paling pandai, tetapi siapa paling yakin kepada Allah.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply